Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu mabuk rempuh orang ramai di Kelab Akar Umbi Yio Chu Kang

Polis sedang menyiasat satu insiden yang mana seorang pemandu mabuk didakwa merempuh keretanya ke arah sekumpulan orang ramai di Kelab Akar Umbi Yio Chu Kang.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu mabuk rempuh orang ramai di Kelab Akar Umbi Yio Chu Kang

Richard Tan memberitahu kawannya Encik Ting (atas) dicedera oleh pemandu kereta Mercedes. (Gambar: Richard Tan)

Diterbitkan : 26 Feb 2017 08:23PM Dikemas Kini : 26 Feb 2017 08:24PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat satu insiden yang mana seorang pemandu mabuk didakwa merempuh keretanya ke arah sekumpulan orang ramai di Kelab Akar Umbi Yio Chu Kang.

Pemanggil hotline Richard Tan memberitahu Mediacorp mengenai insiden malam semalam (25 Feb) itu, yang menurut beliau melibatkan seorang pemandu mabuk kereta Mercedes berwarna gelap.

Beliau sudah membuat aduan polis mengenai insiden itu.

Dalam aduan polis itu, yang satu salinan diperolehi Mediacorp, Encik Tan dikatakan meninggalkan Kelab Akar Umbi Yio Chu Kang sekitar 10.40 malam dengan sekumpulan kawan apabila mereka melihat sebuah kereta yang sedang cuba memasuki tempat letak kereta kelab itu.

Pemandu itu membunyikan hon kepada mereka, sebelum keluar dari kereta berkenaan dan memaki Encik Tan dan kawan-kawannya, kata Encik Tan, sambil menambah bahawa pemandu itu "berbau arak".

Encik Tan dan kawan-kawannya kemudian berdiri di tempat pejalan kaki, katanya, tetapi kereta tersebut memusing ke arah mereka dan melanggar mereka. Sekitar enam atau tujuh orang dilanggar kereta itu, tambahnya.

Encik Tan juga berkata pemandu itu meninggalkan kereta itu dan berlari ke arah Ang Mo Kio.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai satu kes "menyebabkan kecederaan disebabkan tindakan terburu-buru" di 190 Ang Mo Kio Ave 8.

Seorang jurucakap menambah apabila para pegawai polis tiba di tempat kejadian, orang yang didakwa dalam kes itu sudah tidak berada di tempat kejadian.

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan