Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu digesa waspada, jaga keadaan kenderaan semasa musim hujan

Pihak berkuasa dan pakar kenderaan menggesa para pemandu supaya berhati-hati dan memastikan kenderaan mereka dijaga dengan baik bagi perjalanan lebih selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu digesa waspada, jaga keadaan kenderaan semasa musim hujan

Gambar fail hujan lebat di Singapura. (Gambar: Xabryna Kek)

SINGAPURA: Pihak berkuasa dan pakar kenderaan menggesa para pemandu supaya berhati-hati dan memastikan kenderaan mereka dijaga dengan baik bagi perjalanan lebih selamat semasa musim hujan ini yang dijangka berterusan sehingga hujung bulan ini.

Disebabkan hujan lebat pagi semalam (23 Jan), kemalangan berlaku di banyak lebuh raya, termasuk PIE, AYE dan TPE, dan kesesakan trafik turut dilaporkan di merata negara.

Laman Twitter Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga dibanjiri dengan maklumat yang memberitahu para pemandu tentang kemalangan dan rintangan di lebuh raya dan jalan raya.

Keadaan ini berterusan hari ini, apabila kemalangan dan kesesakan dilaporkan di PIE, TPE, AYE dan BKE.

Presiden Persatuan Kenderaan Singapura Bernard Tay berkata sebahagian daripada masalah semasa hujan lebat adalah kereta lebih mudah mengalami kerosakan berbanding hari biasa.

Masalah-masalah biasa termasuk air memasuki enjin atau enjin menjadi terlalu panas selepas terkandas di dalam kesesakan trafik.

Persatuannya juga menyaksikan jumlah pemandu yang memerlukan bantuan meningkat dengan mendadak semasa hujan, berbanding cuaca biasa.

Beliau menambah ia sukar untuk meramalkan berapa banyak kemalangan yang berlaku pada musim hujan, apabila keadaan jalan raya lebih licin dan daya penglihatan terjejas, berbanding hari-hari biasa.

Ini kerana Polis Trafik tidak mengumpul statistik sedemikian, katanya, sambil menambah walaupun laporan media membayangkan terdapat peningkatan. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan