Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerjaan unik Nurisham Abdul Wahab; latih burung terbang dan kembali kepada pemilik

Encik Nurisham, 36 tahun, menjadikan minatnya melatih burung sebagai kerjaya setelah berhenti bekerja sebagai pakar runding penjualan dalam industri pelancongan enam tahun yang lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerjaan unik Nurisham Abdul Wahab; latih burung terbang dan kembali kepada pemilik

Pelatih burung sepenuh masa Nurhisham Abdul Wahab dengan salah seekor burung peliharaannya. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 13 Aug 2017 09:50PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 09:53PM

SINGAPURA: Jika biasanya anda melepaskan burung peliharaan untuk terbang, kemungkinan besar ia akan terbang jauh di udara.

Namun jika ia dilatih Encik Nurisham Abdul Wahab, burung peliharaan itu akan kembali ke pangkuan pemiliknya.

Encik Nurisham, 36 tahun, menjadikan minatnya melatih burung sebagai kerjaya setelah berhenti bekerja sebagai pakar runding penjualan dalam industri pelancongan enam tahun yang lalu.

Sejauh ini, beliau sudah melatih sekurang-kurangnya 100 ekor burung.

Walaupun nampak mudah, kerjanya memerlukan disiplin, kesabaran dan azam yang kuat dari pihak pemilik.

Melatih seekor burung untuk berterbangan bebas boleh mengambil masa hanya dua minggu jika burung itu muda dan tidak mempunyai tabiat buruk seperti menghinggap di dahan pokok atau mudah terpengaruh dengan gangguan di sekeliling, kata Encik Nurisham.

Bagaimanapun, dengan burung lebih tua, ia boleh mengambil masa dua tahun.

Encik Nurisham mengajar para pemilik bagaimana untuk membuat burung mereka mengenali suara dan arahan mereka.

Beliau juga membimbing burung-burung itu untuk mempelajari bagaimana untuk terbang pulang kepada pemilik, menurutnya yang ditemu bual Mediacorp di kawasan popular di Taman West Coast.

Beliau mengenakan bayaran S$350 bagi empat sesi, yang dikatakan cukup untuk burung-burung itu bersedia.

Encik Nurisham juga menyediakan nasihat melalui WhatsApp.

RISIKO BURUNG DIKEJAR, HILANG

Apabila burung itu sudah sedia, ia akan berterbangan secara bebas dengan pengesan GPS dipasang.

Tugas paling sukar bagi Encik Nurisham ialah untuk menentukan masa yang tepat untuk membenarkan burung itu terbang bebas - jika ia terlalu awal, risiko burung itu tidak kembali semakin meningkat.

Encik Nurisham bersama burung peliharaannya. 

Tidak kira betapa hebat burung itu dilatih, masih ada risiko ia hilang, kata Encik Nurisham.

Dengan burung yang dilatih dengan baik, risikonya rendah. Para pemilik yang kehilangan burung peliharaan mereka bukanlah sesuatu yang luar biasa berdasarkan jumlah permintaan bantuan di laman kumpulan burung di Facebook.

KESEDARAN MENINGKAT TERHADAP TERBANG BEBAS

Buat saban tahun, para pemilik burung mengurung burung-burung mereka di dalam sangkar dan sayap burung mereka disepit supaya tidak dapat terbang tinggi.

Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini lebih ramai semakin sedar bahawa burung peliharaan mereka itu boleh dilatih untuk terbang dan kembali kepada pemiliknya.

Malah, Encik Nurisham berkata minat terhadap perkara itu naik seganda dalam masa dua hingga tiga tahun lalu.

Jika sebelum ini, Encik Nurisham mempunyai 10 temu janji setiap minggu tetapi kini, beliau mendapat sekurang-kurangnya 20.

Salah seorang klien Encik Nurisham. (Gambar-gambar: Gaya Chandramohan)

Inilah sebabnya beliau dapat melakukannya secara sepenuh masa, tambah beliau.

Encik Nurisham berkata beliau mendapat lebih banyak permintaan kerana orang ramai menonton video pemilik lain yang boleh membebaskan burung mereka dan mahu binatang peliharaan mereka mempunyai kebolehan yang sama.

Mereka juga menghadiri perjumpaan dianjurkan kumpulan penggemar burung dan menyaksikan sendiri penerbangan bebas itu. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan