Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja S'pura boleh jangka gaji naik 2.7% tahun depan

Para pekerja di Singapura boleh menjangkakan kenaikan gaji sekitar 2.7 peratus tahun depan, selepas faktor inflasi diambil kira, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan firma sumber manusia ECA International hari ini (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja S'pura boleh jangka gaji naik 2.7% tahun depan

(Gambar: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 14 Nov 2017 05:14PM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 05:18PM

SINGAPURA: Para pekerja di Singapura boleh menjangkakan kenaikan gaji sekitar 2.7 peratus tahun depan, selepas faktor inflasi diambil kira, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan firma sumber manusia ECA International hari ini (14 Nov).

Tinjauan tahunan itu menarik perhatian bahawa para majikan di Singapura bersedia untuk menaikkan gaji pekerja sebanyak sekitar empat peratus pada 2018. Iaitu sama seperti tahun lalu tetapi kadar inflasi yang lebih tinggi kali ini mengurangkan gaji sebenar yang dibawa pulang oleh pekerja.

"Pada tahun-tahun sebelum ini, inflasi di Singapura meningkat manakala kenaikan gaji nominal terus berkekalan. Ini secara perlahan-lahan menghakis kenaikan gaji sebenar," kata Cik Lee Quane, pengarah bagi Asia di ECA International. Firma berkenaan mengeluarkan tinjauan tahunan yang melibatkan 269 syarikat berbilang negara dari 72 negara. Di Singapura, lebih 110 firma menyertai tinjauan tersebut.

Tinjauan tersebut mendapati, para pekerja boleh menjangkakan kenaikan gaji sebenar sebanyak 2.7 peratus dengan inflasi dianggarkan mencapai 1.3 peratus pada 2018.

Jika dibandingkan dengan hasil tinjauan tahun lalu, gaji sebenar ketika itu dijangkakan naik 2.9 peratus selepas mengambil kira faktor inflasi iaitu 1.1 peratus.

Meskipun begitu, kenaikan gaji di Singapura bagi 2017 dan 2018 lebih tinggi berbanding di Hong Kong. Ia juga setaraf dengan ekonomi-ekonomi membangun serantau dan antarabangsa, menurut tinjauan itu lagi. Bagi 2018, para pekerja di Hong Kong boleh menjangkakan gaji sebenar naik sekitar 1.8 peratus.

"Ini menunjukkan bahawa ekonomi Singapura terus mencatat prestasi baik sedang ekonomi antarabangsa pulih semula," kata PM Lee. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan