Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja maut terjatuh dari bangunan tapak binaan Woodlands

Seorang pekerja binaan maut setelah terjatuh dari tempat tinggi di tapak kerja di Woodlands Close.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja maut terjatuh dari bangunan tapak binaan Woodlands

Gambar hiasan seorang pekerja binaan. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 29 Aug 2016 11:24PM Dikemas Kini : 29 Aug 2016 11:25PM

SINGAPURA: Seorang pekerja binaan maut setelah terjatuh dari tempat tinggi di tapak kerja di Woodlands Close.

Demkian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (29 Ogos).

Kemalangan itu berlaku sekitar pukul 9.00 pagi semalam (28 Ogos) apabila sepasukan pekerja sedang membuat kerja di tingkat tujuh bangunan yang sedang dibina.

Salah satu panel rangka bentuk terjatuh daripada bangunan tersebut bersama dengan pekerja berkenaan, menurut MOM.

Pekerja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan Divisyen Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan MOM dimaklumkan tentang kemalangan tersebut pada pukul 11 pagi.

Pemaju projek binaan itu adalah Wee Hur (Woodlands 12) Pte Ltd manakala kontraktor utama adalah Wee Hur Construction.

MOM sudahpun mengeluarkan arahan henti kerja bagi semua rangka bentuk dan operasi mengangkat di tapak tersebut.

Awal bulan ini, seorang lagi pekerja dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan di tapak kerja di Tuas setelah satu rantai yang digunakan untuk mengangkat rangka bentuk terputus dan merempuh beliau.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan