Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja maut semasa memasang kabel elektrik di tapak binaan

Seorang pekerja yang menjalankan kerja-kerja menyambung kabel untuk syarikat bekalan elektrik SP Group meninggal dunia hari ini (24 Sep) akibat kecederaan yang dialaminya semasa menjalankan kerja di tapak binaan di Kranji Loop.

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja maut semasa memasang kabel elektrik di tapak binaan

Gambar hiasan seorang pekerja binaan. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 24 Sep 2017 10:40PM Dikemas Kini : 24 Sep 2017 10:43PM

SINGAPURA: Seorang pekerja yang menjalankan kerja-kerja menyambung kabel untuk syarikat bekalan elektrik SP Group meninggal dunia hari ini (24 Sep) akibat kecederaan yang dialaminya semasa menjalankan kerja di tapak binaan di Kranji Loop.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan SP Group, pekerja Singapura itu merupakan sub kontraktor dari syarikat binaan James Contractor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja kabel di tapak tersebut.

SP Group menyatakan Pasukan Pertahanan Awam Singapura segera dihubungi apabila kejadian itu berlaku.

Pekerja berkenaan dikejarkan ke hospital dan kerja di tapak binaan dihentikan.

SP Group menambah bahawa mereka bekerjasama dengan James Contractor untuk membantu keluarga mangsa.

Mereka juga sedang menyiasat punca kejadian itu.

Sumber : CNA/SU/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan