Images
  • ndp funpack
    Pek cenderahati NDP tahun ini adalah antara yang paling ringan dalam sejarah NDP. (Gambar: Chan Luo Er) 

Pek cenderahati NDP 2017 hanya seberat 1.5kg sahaja!

SINGAPURA: Pek cenderahati Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini adalah antara yang paling ringan dalam sejarah NDP.

Pek seberat 1.5 kilogram itu mengandungi barangan yang sedikit, tetapi mempunyai lebih banyak kegunaan, menurut hak penganjur pada Isnin (17 Jul).

Salah satu daripada barangan dalam pek tersebut adalah kain rentang (banner) yang boleh bertepuk, yang juga bertindak sebagai sebuah kipas.

Apabila ditepuk pada telapak tangan, ia boleh mengeluarkan bunyi tepukan. Malah, ia juga boleh ditebarkan dan dijadikan sebagai kain rentang.

Langkah bagi mengurangkan jumlah barangan dilakukan dengan sengaja, dedah Mejar Kelly Ang Kian Hoe, juga timbalan pengerusi logistik dan kewangan.

Pasukannya mendapati bahawa bagi beberapa tahun lalu, lebih ramai penonton yang mengambil gambar dan video, terpaksa membimbit pelbagai barangan interaktif.

"Apabila kami menggabungkan barangannya, tangan kita juga lebih bebas untuk bergambar dan orang ramai juga dapat lebih menikmati pertunjukan itu," kata Mejar Ang.

Sebuah bendera LED dan rantai kunci NS50 turut disediakan dalam pek cenderahati itu bagi memperingati ulang tahun ke-50 Perkhidmatan Negara. Terdapat lima rekaan berbeza untuk melambangkan setiap perkhidmatan bagi Angkatan Tentera Singapura dan dua agensi Home Team. Sebagai contoh, pasukan tentera juga diwakili oleh Terrex dan SCDF pula diwakili oleh Red Rhino.

Para penonton boleh menjangkakan beberapa snek dalam pek tersebut, seperti keropok telur masin dan biskut Khong Guan.

Pek cenderahati tahun ini juga disediakan dalam dua warna - iaitu merah dan putih - dan mempunyai alas tutup yang boleh dilipat dan dompet sebelah depan yang boleh ditanggalkan bagi membolehkan penonton untuk memberikan kelainan.

DIREKA BENTUK OLEH PARA PENUNTUT KOLEJ KESENIAN LASALLE

Reka bentuk pek cenderahati yang dihasilkan oleh Riche Tay, 22, dan Denise Richter, 23, dari Kolej Kesenian LASALLE, berjaya muncul sebagai yang terbaik daripada lebih 60 penyertaan dari sekolah mereka.

Kolej Kesenian LASALLE turut dijadikan rakan penganjur untuk pek cenderahati NDP tahun ini.

Kedua-dua penuntut itu mengambil masa sekitar sebulan untuk mereka bentuk beg tersebut. Mereka turut mendapat inspirasi dari trend terkini dan bertujuan untuk menjadikan beg itu seberapa versatil yang mungkin.

Ia juga direka bagi menjadikannya mudah dibawa oleh para penonton dari pelbagai peringkat usia.

PERLU BERATUR BAGI DAPATKAN PEK CENDERHATI

Tahun ini, mereka yang menghadiri perbarisan itu - yang diadakan di Platform Terapung Marina Bay - perlu beratur di beberapa lokasi pengagihan tertentu bagi mendapatkan pek cenderahati mereka.

Ini berbanding pek cenderahati yang sudahpun disediakan di tempat duduk masing-masing sebelum bermulanya perbarisan.

Para penganjur mendedahkan ini bagi memudahkan keadaan cuaca hujan.

Pada perbarisan tahun lalu, yang diadakan di Stadium Negara, pihak penganjur tidak mempunyai sebarang lokasi pengagihan bagi menggalak masa yang lebih cepat bagi para penonton tiba di tempat duduk.

Sekitar 150,000 pek cenderahati yang akan disediakan dari sekarang hingga bulan Ogos.

- CNA/im

Top