Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai polis trafik Khairulanwar Abd Kahar diheret kereta Maserati, mahkamah tolak rayuan ikat jamin

Pemandu yang mencederakan pegawai polis trafik dalam insiden langgar lari di Bedok Reservoir Road didakwa di mahkamah pagi tadi (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2017 12:40PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 10:58PM

SINGAPURA: Pemandu yang mencederakan pegawai polis trafik dalam insiden langgar lari di Bedok Reservoir Road didakwa di mahkamah pagi tadi (18 Nov).

Lee Cheng Yan, 33 tahun, dituduh menyebabkan "kecederaan parah" pada pegawai bertugas, Encik Khairulanwar Abd Kahar. Dia dikatakan secara tiba-tiba memandu laju ke arah Encik Khairulanwar apabila disuruh berhenti di Bedok Reservoir Road untuk menjalani pemeriksaan malam semalam, pada sekitar 9.20 malam.

Menurut dokumen mahkamah, pegawai polis trafik berusia 26 tahun itu bergayut pada pintu pemandu dan diheret sekitar 100 meter sebelum terjatuh di jalan raya. Beliau cedera parah pada bahagian tubuhnya.

Dalam video yang dimuat naik ke Facebook, Mediacorp difahamkan kereta Maserati putih itu dipandu laju dan di lorong jalan raya yang bertentangan.

Lee merayu agar dibebaskan dengan ikat jamin hari ini (18 Nov) tetapi mahkamah menolak permohonannya. Dia ditahan reman di balai polis Bedok selama seminggu, dan kesnya akan didengar lagi pada Jumaat depan (24 Nov).

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga empat tahun, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan