Images
  • singapore cruise centre
    Gambar fail Pusat Pelayaran Persiaran Singapura. (Gambar: TODAY)

Pegawai ICA bernama 'Fadhillah' ceritakan peristiwa beliau cegah penyokong ISIS masuk S'pura

SINGAPURA: Naluri yang diasah daripada pengalaman dan latihan bertahun-tahun lama, membantu seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriskaan (ICA) mencegah dua penyokong ISIS semasa mereka tiba di Pusat Pelayaran Persiaran Singapura di Harbourfront dari Batam.

Kedua-dua warga Indonesia itu sebenarnya sedang merancang untuk ke Iraq.

NALURI PEGAWAI ICA, CIK FADHILLAH

Naluri itulah yang membuat Cik Fadhilah (nama penuhnya tidak dapat didedahkan atas sebab-sebab keselamatan), 31 tahun, merasakan bahawa beliau berjaya membuat lelaki yang lebih muda, yang kelihatan gemuruh, untuk memberitahu beliau perkara sebenar.

Sememangnya, selepas disoal siasat selama 45 minit, lelaki itu memberitahunya dalam Bahasa Indonesia: "Saya memerlukan bantuan. Bolehkah anda janji tiada apa yang akan berlaku kepada saya? ... Saya di sini untuk berjuang atas nama Islam. Saya seorang anggota ISIS."

Mengimbas kembali insiden 6 November 2015 itu kepada para wartawan, Cik Fadhillah, yang berkhidmat dengan ICA selama 12 tahun, berkata: "Saya melakukan banyak temu bual setiap hari tetapi inilah kali pertama dia (lelaki yang lebih tua) tenung saya dan saya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena."

SEORANG LELAKI "NAMPAK SANGAT TENANG", "SUDAH JANGKA"

Lelaki yang lebih tua itu pula "nampak sangat tenang" dan seperti "sudah menjangka saya akan bertanya soalan".

"Itulah yang penanda terbesar buat saya," tambah Cik Fadhillah.

Beliau yang sudah dilatih dengan teknik temu bual, tahu ada beberapa orang yang disoal mungkin dapat mengagak soalannya supaya beliau tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya.

Selepas lelaki yang lebih muda itu memberitahu rancangan mereka untuk ke Syria, Cik Fadhilah melakukan pemeriksaan penting dan memaklumkan penyelia beliau.

Kedua-dua lelaki itu diharamkan daripada memasuki Singapura kerana mereka mengancam keselamatan negara.

Mereka dihantar pulang ke Batam, di mana mereka ditahan para pegawai unit anti-pengganasan Indonesia Detasmen 88. 

- TODAY/ru

Top