Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pegawai Certis Cisco, Norman Samri, meninggal dunia selepas dilanggar kereta di Pusat Pemeriksaan Tuas

Seorang pegawai Certis Cisco, 33 tahun, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta di Pusat Pemeriksaan Tuas pada awal pagi Jumaat (10 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai Certis Cisco, Norman Samri, meninggal dunia selepas dilanggar kereta di Pusat Pemeriksaan Tuas

Kereta-kereta memasuki Singapura dari Malaysia menerusi pusat pemeriksaan Tuas. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 11 Feb 2017 08:29AM Dikemas Kini : 11 Feb 2017 08:30AM

SINGAPURA: Seorang pegawai Certis Cisco, 33 tahun, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta di Pusat Pemeriksaan Tuas pada awal pagi Jumaat (10 Feb).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan seorang pegawai polis tambahan (APO) di jejambat Pusat Pemeriksaan Tuas pada 2.30 pagi.

APO itu masih dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Universiti Nasional tetapi kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Pemandu berusia 28 tahun itu ditangkap kerana menyebabkan kematian dengan tindakannya yang terburu-buru.

Satu kenyataan di laman Certis Cisco menyatakan pihaknya amat sedih dengan pemergian LCP (APF) Norman Samri.

"Kami akan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada keluarga Allahyarham Norman Samri," tambahnya. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan