Images
  • pcf sparkletots
    Dr Vivian Balakrishnan menikmati persembahan oleh kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak terbaru PCF Sparkletots di Hillion Mall. (Gambar: Liyana Othman)

PCF Sparkletots perkenal kurikulum yang ditingkatkan di pusat jagaan kanak-kanak baru

SINGAPURA: PCF Sparkletots membuka pusat jagaan kanak-kanaknya yang terbaru di Hillion Mall di Bukit Panjang pada Sabtu (12 Ogos).

Dengan ruang seluas 21,500 kaki persegi, pusat jagaan kanak-kanak yang kedua terbesar bagi pengendali itu boleh menampung sehingga 287 kanak-kanak. Buat masa ini, sekitar 170 kanak-kanak yang berdaftar di sana.

Di perasmian tersebut, Menteri Ehwal Luar dan AP bagi Holland-Bukit Timah Dr Vivan Balakrishnan berkata terdapat lebih banyak tempat kosong bagi jagaan kanak-kanak sejak lima tahun lalu, bagi memastikan setiap kanak-kanak Singapura mendapat permulaan sebaik mungkin dan lantas masa depan yang cerah.

Ini adalah kali pertama pengendali itu mempunyai cawangan dalam bangunan bersepadu - iaitu satu langkah, menurutnya, yang turut mengilhamkan kurikulum lebih unik yang dipertingkat bagi PCF Sparkletots @ Cashew.

Semua cawangan mempunyai kurikulum yang serupa, yang merangkumi bahasa dan celik bahasa, pembangunan sosial dan emosi serta pembangunan kemahiran motor.

Sehubungan itu, pusat baru itu juga akan memanfaatkan pendekatan STEAM (Science, Technology Engineering, Arts and Math) iaitu bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.

Di bawah pendekatan tersebut, kanak-kanak juga dapat "melakukan" eksperimen di ruang membuat kuih, menanam tumbuh-tumbuhan sendiri dan juga belajar mengira dengan bantuan permainan berdasarkan robot.

Ketua pegawai Eksekutif PCF Victor Bay berkata semasa sidang media bahawa pendekatan interaktif itu sebahagian besarnya didorong oleh lokasinya di Hillion Mall, yang mempunyai kedai teknologi, sekolah muzik dan kemudahan gaya hidup lain.

Beliau juga berkata bahawa lebih ramai keluarga muda yang tinggal di Bukit Panjang, dan akses tambahan dengan adanya Laluan Downtown yang baru, kurikulum yang dipertingkatkan itu seiring dengan jumlah pendaftaran yang kian meningkat.

Prasekolah baru itu turut menawarkan khidmat jagaan kanak-kanak dan jagaan bayi sepanjang hari. Harganya juga berpatutan berbanding pusat-pusat PCF Sparkletots di kawasan flat HDB.

Sebagai pengendali utama, syarikat itu juga perlu menetapkan yuran bulanan sekitar S$720, S$1,275 dan S$160 masing-masing bagi jagaan kanak-kanak, jagaan bayi dan tadika.

Dr Balakrishnan juga mendedahkan bahawa lebih banyak pengumuman akan dibuat bagi pendidikan awal kanak-kanak oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam masa dua minggu akan datang.

- CNA/IM/im

Top