Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan S'pura juarai 'hackathon' Airvolution 2017 anjuran AirAsia di M'sia

Pasukan Singapura, Aviato, dinobat sebagai pemenang utama hackathon anjuran AirAsia, Airvolution 2017, sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM25,000 (S$7,900).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan S'pura juarai 'hackathon' Airvolution 2017 anjuran AirAsia di M'sia

Aviato, dinobat sebagai pemenang utama hackathon Airvolution 2017, sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM25,000 (S$7,900). (Gambar: AirAsia/ Facebook)

Diterbitkan : 20 Mar 2017 09:16AM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 09:20AM

SEPANG: Pasukan Singapura, Aviato, dinobat sebagai pemenang utama hackathon anjuran AirAsia, Airvolution 2017, sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM25,000 (S$7,900).

Aviato mempertaruhkan penyelesaian terbaiknya mengenai bagaimana membuat profil kepada peminat AirAsia berdasarkan kehadiran dalam media sosial untuk syarikat penerbangan itu meningkatkan pengalaman pelanggan.

AirAsia menyatakan, cadangan Aviato membolehkan syarikat itu untuk mengumpul profil pengguna daripada gambar dan 'likes' di Instagram dalam masa nyata, menjadikannya kemungkinan untuk lebih banyak sasaran tawaran destinasi dan makanan AirAsia yang menggambarkan minat pengguna.

Aviato terdiri daripada ​Choo Yan Sheng, John Goh Choo Ern, Durwin Ho Hsu Tian, Albert Puah Beng Hong dan Kevin Kwa Leung Boon​​.

Dalam kenyataannya semalam (19 Mac), AirAsia menyatakan, selain menerima hadiah wang tunai itu, Aviato turut membawa pulang 100,000 mata ganjaran AirAsia BIG serta lima penerbangan ulang-alik ke sebarang destinasi AirAsia.

Ketua Pegawai Data dan Digital AirAsia, Nikunj Shanti, berkata para juri mengagumi penyelesaian masalah secara kreatif dan pengetahuan teknikal yang ditunjukkan sepanjang acara hackathon selama 18 jam itu.

"Semua pasukan menunjukkan pemikiran yang benar-benar luar daripada kebiasaan, dan kami berharap dapat menyaksikan lebih banyak idea inovatif untuk menjadikan perjalanan pelanggan kami lebih baik," katanya.

Sejumlah 20 pasukan mewakili Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, India, Sri Lanka, Hong Kong dan Australia mengambil bahagian dalam Airvolution 2017 yang bermula pada 18 Mac.

Penyertaan mereka, dalam bentuk demonstrasi secara langsung selama lapan minit turut diadili berdasarkan impak, kreativiti, reka bentuk dan pelaksanaan dalam cabaran itu.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan