Images
  • Transcom
    Para pegawai TransCom mengadakan demonstrasi rondaan pada 6 Disember 2017. (Gambar: Gwyneth Teo)

Pasukan keselamatan TransCom berkas 688 orang sejauh ini, naik berbanding tahun lalu

SINGAPURA: Jumlah penangkapan yang dibuat oleh Kawalan Keselamatan Pengangkutan Awam Singapura atau TransCom meningkat dalam dua tahun kebelakangan ini, demikian didedahkan hari ini (6 Dis).

Setakat Oktober tahun ini, 668 penangkapan dibuat berbanding 676 pada 2016 dan 545 pada 2015.

TransCom ditubuhkan pada 2009 untuk meningkatkan rondaan keselamatan di stesen-stesen kereta api dan pusat pertukaran bas. Unit tersebut mengerahkan para pegawai keselamatan untuk melindungi orang awam daripada kemungkinan serangan pengganasan dan membantu dalam menguruskan kesesakan.

Penangkapan berkaitan dengan dadah dan kes mencabul kehormatan merupakan antara kes yang ditangani pegawai TransCom.

LEBIH RAMAI PEGAWAI DIKERAH BAGI MUSIM PERAYAAN

Polis akan mengerahkan lebih ramai pegawai di perhentian pengangkutan awam pada hari Krismas dan sambutan awal tahun berbanding masa-masa lain sepanjang tahun. Mediacorp difahamkan bahawa lokasi-lokasi yang akan menyaksikan tambahan kehadiran pegawai keselamatan termasuklah Orchard Road dan kawasan Marina Bay.

Sebagai sebahagian daripada langkah anti-pengganasan, rondaan TransCom akan menyertakan anjing-anjing yang dilatih untuk mengesan bahan-bahan letupan. Anjing-anjing tersebut datang dari Unit K-9 Polis dan bekerjasama seorang pengendali serta para pegawai TransCom untuk menjalankan rondaan harian. Ia sudah dilatih untuk membantu pengendalinya dalam memperkukuh kawalan keselamatan tanpa menganggu para pengguna pengangkutan awam.

Latihan bagi anjing-anjing tersebut bermula seawal usia 18 bulan.

Anjing-anjing jenis 'German Shepherd' dan 'Cocker Spamiel' itu lumrahnya berkhidmat hingga berusia tujuh tahun, sebelum dikembalikan kepada kehidupan domestik.  

- CNA/SM/sm

Top