Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan jururawat KKH antara penerima anugerah Hari Jururawat

Anugerah tersebut diberikan di acara tahunan Hari Jururawat SingHealth. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Aug 2016 09:25PM Dikemas Kini : 01 Aug 2016 09:31PM

SINGAPURA: Sempena Hari Jururawat hari ini (1 Ogos), satu anugerah khas baru disampaikan kepada 10 jururawat dan dua pasukan penjagaan kesihatan kerana usaha mereka dalam meningkatkan tahap keselamatan pesakit.

Anugerah tersebut diberikan di acara tahunan Hari Jururawat SingHealth.

Antara penerima Anugerah 'Target Zero Harm' adalah pasukan jururawat dari Hospital KK yang membangunkan protokol baru.

Ia dapat menilai risiko pembentukan darah beku dalam urat wanita yang menjalani pembedahan semasa bersalin.

Sejak diperkenalkan 16 bulan lalu, tiada kes sedemikian dilaporkan berlaku. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan