Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan Bertindak ditubuh untuk melaksanakan peraturan lebih ketat ke atas pengeluar susu tepung

Menulis di laman Facebook beliau, Dr Koh berkata pasukannya berharap dapat melaksanakan langkah-langkah tersebut menjelang akhir tahun ini.    

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2017 07:22PM Dikemas Kini : 22 May 2017 10:11PM

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Dr Koh Poh Koon mengetuai sebuah pasukan bertindak untuk melaksanakan langkah-langkah bagi menangani kenaikan harga susu tepung bayi di negara ini.

Menulis di laman Facebook beliau, Dr Koh berkata pasukannya berharap dapat melaksanakan langkah-langkah tersebut menjelang akhir tahun ini.

Tambah beliau anggota-anggota lain pasukan itu termasuk Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor, para AP wanita serta beberapa doktor kanan kanak-kanak.

Menurut Dr Koh: "Keutamaan kami adalah untuk mengetatkan lagi peraturan mengenai label dan pengiklanan, memudahkan import lebih banyak jenama susu tepung bayi, meningkatkan kesedaran orang ramai dan menggalak amalan baik di hospital-hospital."

Satu laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS), awal bulan ini, mendapati salah satu sebab utama harga susu tepung yang mahal ialah kenaikan harga borong untuk tampung kos pengilangan.

Ini disebabkan pelaburan tinggi dalam pemasaran agresif serta kegiatan kajian dan pengembangan oleh syarikat penghasil susu tepung.

Ini kerana kebanyakan ibu bapa akan meneruskan dengan jenama yang sama selepas bayi mereka pulang dari hospital.

Faktor itu menyebabkan harga susu tepung di Singapura melonjak ke paras antara tertinggi di dunia.

Dr Koh berkata penyertaan dua AP, Sun Xueling dan Rahayu Mahzam, yang mempunyai anak-anak kecil, dapat membantu pasukan bertindak itu bagi lebih memahami sentimen para ibu bapa lain mengenai isu tersebut.

Beliau menambah, bahawa Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) akan juga melancarkan satu kempen pemasaran dalam masa dua minggu lagi untuk membantu para ibu bapa membuat "keputusan yang betul mengenai pemakanan anak-anak mereka."

Dr Koh berkata beliau berharap bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan akan membawa kepada lebih banyak pilihan susu tepung, "dan memberi ibu bapa ketenangan fikiran untuk membuat pilihan yang terbaik bagi memenuhi keperluan keluarga mereka."   

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan