Images
  • vendmart
    Pengunjung boleh dapatkan pelbagai barang-barang di VendMart. 

Pasar raya Giant perkenalkan VendMart - mesin layan diri - di Jurong East dan Tampines

SINGAPURA: Dari 'chilli crab' hingga ke peralatan berkebun, pengunjung kini boleh mendapatkan pelbagai macam barangan dari mesin layan diri di pasar raya Giant yang terletak di IMM Jurong dan Tampines.

Dinamakan VendMart, lima mesin di IMM Jurong dan 17 mesin di Tampines akan mula beroperasi hingga akhir tahun ini.

Inisiatif itu hasil kerjasama pasar raya Giant bersama beberapa syarikat pemula dan perniagaan lain. Ia dilancarkan untuk menawarkan pengalaman baru kepada pengunjung, menurut Giant di sidang media hari ini (11 Okt).

Selain hidangan makanan biasa dan sandwic, mesin Vendmart juga menawarkan barang-barang lain seperti mainan, produk kecantikan halal dan makanan haiwan peliharaan.

Harga barang-barang yang boleh didapatkan dari Vendmart serendah S$0.80 hinggalah ke harga S$79.90.

Pasar raya Giant mempunyai rancangan meningkatkan jumlah mesin layan diri kepada 50 mesin, kata pengarah pemasaran Lim Wee Ling. Ia juga akan meneroka cara-cara memperluaskan kaedah ini ke cawangannya di Suntec City dan VivoCity, bergantung kepada permintaan pengunjung dan keperluan ruang.

Baru-baru ini, khidmat mesin layan diri OurStore.sg juga mula diperkenalkan kepada para pengguna.

'Kedai runcit' 24 jam sehari, tujuh hari seminggu itu disediakan di kawasan-kawasan perumahan dan mesin layan diri itu menawarkan barang-barang runcit.

LAPORAN PENUH:

OurStore.sg sediakan mesin layan diri unik - jual barang keperluan harian

- CNA/AQ/aq

Top