Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasangan hadiahkan harta $6 juta kepada badan kesihatan, kebajikan haiwan S'pura

Mereka sudah tinggal di seluruh dunia, di Britain, Afrika Selatan dan Australia. Namun pasangan ini memiih Singapura untuk membina rumah mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan hadiahkan harta $6 juta kepada badan kesihatan, kebajikan haiwan S'pura

Pasangan yang menghadiahkan harta sebanyak $6 juta kepada badan-badan kebajikan. (Gambar: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan)

Diterbitkan : 29 Jun 2017 06:04PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 06:09PM

SINGAPURA: Mereka sudah tinggal di seluruh dunia, di Britain, Afrika Selatan dan Australia. Namun pasangan ini memiih Singapura untuk membina rumah mereka.

Apabila kedua-duanya meninggal dunia pada usia tua, Jo dan Gerry Essery meninggalkan harta warisan $6 juta untuk dibahagikan sama rata di antara tiga badan amal di sini: Assisi Hospice, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), dan Persatuan bagi Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA).

Dr Tan Hwa Luck adalah orang yang menguruskan harta pusaka bagi pasangan tersebut dan juga kawan rapat mereka selama lebih 30 tahun.

Beliau berkata bahawa isteri kepada Essery berusia 89 tahun ketika beliau meninggal dunia pada tahun 2013, manakala Essery berusia 92 tahun ketika beliau meninggal dunia pada tahun 2015.

Dalam siaran akhbar bersama, badan-badan amal yang menjadi penerima harga tersebut mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut di atas hadiah anumerta tersebut.

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan