Images
  • sport sg raid
    Para penyiasat memunggah kotak-kotak setelah menyerbu rumah kelab Tiong Bahru FC di People's Park. (Gambar: Noor Farhan) 

Para penyiasat serbu FAS, premis 3 kelab bola sepak

SINGAPURA: Para penyiasat berpakaian preman dilihat di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan di premis tiga kelab bola sepak tempatan pada Khamis (20 April).

Serbuan-serbuan tersebut dijalankan sejurus selepas SportSG mengumumkan bahawa ia sudah memfailkan laporan polis terhadap Kelab Bola Sepak (FC) Tiong Bahru kerana menyalahgunakan dana kelab dan juga atas percubaan oleh seorang pegawai kanan kelab untuk menghalang penyelesaian kerja-kerja audit kelab-kelab Liga S.

Polis sudah mengesahkan bahawa laporan tersebut sudah dibuat dan ia akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap "sesiapa yang sudah melakukan kesalahan di Singapura".

Media tempatan yang berhimpun tidak dibenarkan memasuki pejabat FAS. Setakat sehingga 8.45 malam, para pegawai masih berada dalam bangunan tersebut.

Sebuah lagi pasukan penyiasat juga memasuki rumah kelab Kelab Bola Sepak Tiong Bahru di People's Park Centre yang terletak di Upper Cross Street.

Di pejabat Kelab Bola Sepak Hougang United yang terletak di stadium Hougang, para pegawai pula dilihat memunggah kotak-kotak kadbod ke dalam van-van polis.

Mediacorp difahamkan bahawa pejabat Kelab Bola Sepak Woodlands Wellington juga diserbu oleh para penyiasat.

Bill Ng, yang turut bertanding bagi jawatan presiden FAS dan menerajui Pasukan Team Changers bagi pemilihan pucuk pimpinan pada 29 April ini, merupakan pengerusi bagi kedua-dua Hougang United FC dan Tiong Bahru FC.

Dalam kenyataannya pada Khamis, SportSG menyuarakan keprihatinannya berhubung sumbangan S$500,000 kepada FAS pada 2014.

Encik Ng memberitahu para wartawan bahawa badan bola sepak tempatan itu sudah meminta sumbangannya berbanding tajaan bagi kelab bola sepak yang sudah ditiadakan, LionsXII.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAS, Winston Lee mengeluarkan bukti untuk membangkang dakwaan Encik Ng dan menunjukkan bahawa Encik Ng sedar sepenuhnya bahawa sumbangan bernilai S$500,000 itu adalah bagi kegunaan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

- CNA/im

Top