Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para pemohon kerja semakin sedar, persiap diri harungi peralihan ekonomi

Kehilangan pekerjaan atau "job displacement" menjejas banyak lagi sektor dalam peralihan ekonomi sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kehilangan pekerjaan atau "job displacement" menjejas banyak lagi sektor dalam peralihan ekonomi sekarang.

Apa yang pasti, jurang kemahiran semakin meluas, lantas membuat usaha pemadanan pekerjaan antara pencari kerja dan majikan menjadi lebih mencabar.

Pameran pekerjaan lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) hujung minggu lalu misalnya menyaksikan pencari kerja yang sudahpun menganggur buat tempoh yang lama.

Acara itu disokong BERITAMediacorp dan rancangan ehwal semasa Detik dengan gabungan tenaga Mendaki SENSE.

PEMOHON KERJA SIAP TAMBAH KEMAHIRAN?

Lebih 660 orang mendaftarkan diri bagi merebut hampir 400 pekerjaan yang ditawarkan.

Mereka juga berpeluang meneroka program-program latihan bagi mendapatkan kemahiran yang relevan dengan kehendak industri.

Namun, persoalannya, adakah para pemohon kerja sedar dan bersedia mempersiap diri menambahkan kemahiran?

Graduan Mendaki SENSE, Encik Ali Daud, yang cacat penglihatan, berkongsi pandangannya dengan Menteri Negara Kanan Pertahanan dan Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman, yang berada di pesta kerjaya itu.

"Walaupun banyak cabaran kerana kita dua cacat penglihatan, tapi dengan kursus yang diadakan, peluang diberi serta macam kepercayaan dan sokongan, saya rasa tidak ada perkara yang mustahil untuk seseorang memajukan diri," kata Encik Ali.

Bahkan, Encik Ali yang kini bekerja sebagai kaunselor, tidak lelah untuk terus mempertingkatkan kemahiran.

Bagi para pekerja yang sudah terjejas dalam ekonomi sekarang, Mendaki SENSE berusaha menggalak mereka memanfaatkan skim SkillsFuture bagi meraih peluang dalam ekonomi baru.

Seorang pemohon kerja juga menanyakan: "Apa masa depan yang akan beri kita peluang untuk mempertingkatkan diri kita supaya menjadi individu yang boleh beri nilai tambah kepada ekonomi?"

6 BULAN PERTAMA, 1,880 DAPATKAN BANTUAN MENDAKI SENSE

Pengarah Eksekutif, Mendaki SENSE, Encik Mohd Faiz Selamat berkata: "Lebih ramai yang lebih terbuka untuk mencuba pekerjaan yang ada sebab mungkin setelah beberapa bulan mereka mencuba jadi lebih terbukalah minda mereka untuk mencuba apakah pekerjaan yang ada dan tidak cerewet untuk memilih."

Bagaimanapun, terdapat pemohon kerja yang merasakan bahawa tidak banyak pilihan yang disediakan.

Yang banyak sekarang kata mereka, ialah pekerjaan seperti di hospital-hospital yang "perlukan banyak jawatan".

Enam bulan pertama tahun ini sahaja, sekitar 1,880 orang mendapatkan bantuan untuk mempertingkatkan diri dan mencari pekerjaan di Mendaki SENSE.

Ia lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan jumlah golongan Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET) melonjak 64 peratus.

Maka itu, dalam usaha mendampingi masyarakat secara lebih meluas dan tertumpu, Mendaki SENSE akan memperkukuh kerjasama dengan masjid-masjid dan kumpulan serta pusat yang bukan tradisional. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan