Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para pemandu teksi, kereta sewa privet harus berani ceburi sektor lain, pertingkat kemahiran

Jika anda seorang pemandu teksi dan kereta sewa privet, pekerjaan anda pastinya sudah berubah akibat gangguan teknologi sejak beberapa tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jika anda seorang pemandu teksi dan kereta sewa privet, pekerjaan anda pastinya sudah berubah akibat gangguan teknologi sejak beberapa tahun lalu.

Maka itu, golongan sedemikian perlu berani untuk keluar daripada sektor tersebut dan sebaliknya menceburi sektor lain, selain mempertingkatkan kemahiran.

Nasihat tersebut disuarakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, dalam sebuah sesi dialog yang diadakan buat pertama kalinya, khusus untuk para pemandu teksi dan kereta sewa privet petang tadi (17 Okt).

LANDSKAP MASA DEPAN KERJA MEMANDU

Kenderaan tanpa pemandu termasuk pengangkutan awam bukan lagi sesuatu yang luar biasa sekarang ini.

Maka itu, kemahiran para pemandu, mungkin tidak diperlukan lagi.

Daripada melihat arus teknologi sebagai satu penghalang, para pemandu diseru supaya melihatnya sebagai satu peluang untuk tingkatkan diri dan mendapat pekerjaan yang lebih baik.

Sesi pertama Secangkir Kopi Bersama Mendaki kali ini dikhususkan kepada para pemandu teksi dan kereta sewa privet, untuk melihat apakah cukup usaha untuk membantu mereka yang terjejas dalam ekonomi sekarang.

BANYAK MELAYU JADI PEMANDU

"Kita bermula dengan pemandu teksi kerana kita tahu banyak pekerja Melayu bekerja sebagai pemandu teksi. Dan kita tahu industri teksi akan terus terjejas dengan Uber dan Grab.

"Bagaimana kita boleh menolong mereka. Tidak boleh dielakkan bahawa kebanyakan pekerja-pekerja kita berada di ruang-ruang lebih rendah dan bagaimana kita boleh menolong mereka," jelas Dr Yaacob.

Oleh itu sesi sebegini menurut Dr Yaacob diharap dapat memberi keyakinan bahawa pemerintah akan sedaya upaya membantu jika mereka ingin terus mempertingkat diri.

Seorang peserta, Encik Hafiz Mohd Yusoff, yang berkhidmat sebagai seorang pemandu, akur dengan manfaat sesi sembang seperti itu.

"Dari sesi ini mereka sudah terangkan daripada SkillsFuture Singapore, bagaimana kita boleh manfaatkan Kredit SkillsFuture kita untuk kegunaan kita untuk mempertingkat diri kita sendiri. Kita boleh berfikiran lebih terbuka untuk majukan diri kita," ulas Encik Hafiz.

Selain pekerja bergaji rendah, Yayasan Mendaki dengan sokongan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) akan memberi tumpuan kepada golongan PMET serta belia di sesi-sesi dialog akan datang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan