Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Panel penasihat baru kaji cara wujudkan pengangkutan mesra keluarga di S'pura

Satu panel penasihat baru sudah dibentuk untuk memberikan saranan-saranan menjadikan sistem pengangkutan awam lebih mesra keluarga.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jun 2017 12:22PM Dikemas Kini : 22 Jun 2017 10:58PM

SINGAPURA: Satu panel penasihat baru sudah dibentuk untuk memberikan saranan-saranan menjadikan sistem pengangkutan awam lebih mesra keluarga.

Demikian diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Pengangkutan Lam Pin Min hari ini (22 Jun).

Menerusi catatan di laman Facebook beliau, Dr Lam berkata: "Sistem pengangkutan awam yang mesra keluarga terletak pada sebuah negara yang mesra keluarga. Aspirasi saya adalah keluarga-keluarga yang sekarang ini memiliki kereta sendiri kerana mereka perlu berulang-alik bersama anak-anak dan ibu bapa yang sudah tua, tidak lagi memerlukannya di masa akan datang."

Pengerusi Majlis Pengangkutan Awam Richard Magnus dan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Pengangkutan Sitoh Yih Pin akan bersama-sama mempengerusikan panel tersebut.

"Panel itu merangkumi para wakil dari pelbagai latar belakang dan mereka juga akan berunding secara meluas," kata Dr Lam yang juga Menteri Negara Kanan Kesihatan.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan