Images
  • hanbok acm
    Hanbok, pakaian tradisional Korea, antara pameran di Muzium Tamadun Asia. (Gambar: Facebook/ ACM (Asian Civilisations Museum))

Pameran budaya Korea buat julung-julung kalinya diadakan di S'pura

SINGAPURA: Budaya Korea semakin popular di rantau ini. Untuk mengetahui sejarah Korea, satu pameran akan berlangsung di Muzium Tamadun Asia mulai hujung minggu ini hingga 23 Julai.

Dipanggil "Joseon Korea: Court Treasures and City Life" (Korea Joseon: Khazanah Istana dan Kehidupan Bandar), ia mempamerkan khazanah dan artifak-artifak Korea dari Dinasti Joseon - era Confucius paling lama memerintah dunia dan menyaksikan penggantian 27 raja dari tahun 1392 hingga 1910.

Ia menjangkau tempoh dramatik dalam sejarah Korea dan mempengaruhi Korea hari ini dari adab, norma, seni dan juga fesyen.

Ini adalah kali pertama koleksi khazanah Korea membuat kemunculan di Singapura dan Asia Tenggara.

Turut dipamerkan adalah hasil karya artis kontemporari Korea yang memenangi anugerah, Ran Hwang.

Beliau terkenal kerana menggunakan pin, butang dan benang untuk membuat karya pemasangan secara besar-besaran.

Menurut Muzium Tamadun Asia, pelbagai program akan diadakan pada bulan Jun dan Julai, termasuk lawatan kurator dan perayaan di mana para pengunjung boleh menikmati persembahan muzik dan tarian Korea serta merasakan hidangan Korea.

Ini adalah sebahagian daripada pertukaran budaya untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara Singapura dan Korea Selatan.  

- BERITAMediacorp/ru

Top
>