Pakar TCM digantung khidmat, didenda kerana beri rawatan akupunktur semasa acara promosi
Seorang pakar Perubatan Tradisional Cina (TCM) digantung khidmat selama empat bulan dan didenda S$5,000.
SINGAPURA: Seorang pakar Perubatan Tradisional Cina (TCM) digantung khidmat selama empat bulan dan didenda S$5,000 kerana memberi rawatan akupunktur di sebuah acara promosi komersil.
Chow Yuen Pin adalah bekas pengarah perubatan kedai Kin Teck Tong di Chinatown Point.
Pada 22 Mei 2015, Chow memberi rawatan kepada seorang wanita semasa acara berkenaan di pejabat wanita itu, menurut Lembaga Pakar TCM dalam satu kenyataan media hari ini (12 Sep).
Wanita itu kemudian membuat aduan dengan mengatakan bahawa beliau mengalami pnuemotoraks traumatik atau paru-parunya rosak selepas rawatan tersebut.
Satu siasatan dijalankan. Tidak dapat dipastikan jika rawatan berkenaan menyebabkan pnuemotoraks, tambah lembaga TCM itu.
Lantaran itu, Chow digantung khidmat selama tiga bulan, didenda S$3,000 dan ditegur.
Chow juga melanggar kod tatalaku dengan menganjurkan acara promosi berkenaan, tambah lembaga tersebut.
Bagi kesalahan tersebut, dia digantung khidmat lagi sebulan, didenda lagi S$2,000 dan ditegur.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.