Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang ramai digesa ganding bahu baik pulih rumah di Pulau Ubin

Lembaga Taman Negara, NParks menggesa orang ramai supaya berganding bahu membaik pulih rumah-rumah kampung yang usang di Pulau Ubin. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2017 06:39PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 12:09AM

SINGAPURA: Lembaga Taman Negara, NParks menggesa orang ramai supaya berganding bahu membaik pulih rumah-rumah kampung yang usang di Pulau Ubin.

Lima buah rumah di pulau itu, yang sudahpun dikembalikan kepada pemerintah, sudahpun diperuntukkan untuk dibaik pulih.

Jika anda ke Pulau Ubin, anda pasti sudah melihat beberapa buah rumah kampung.

Ini termasuk rumah 63C, yang dibina pada tahun 1930-an.

Meskipun rumah-rumah kampung ini menambah suasana kehidupan desa, sesetengahnya sudah usang.

NParks menyatakan program baik pulih itu akan mengekalkan "warisan budaya dan suasana kehidupan kampung" di Pulau Ubin.

Menteri Kedua Pembangunan Negara, Desmond Lee berkata: "Malah, cara kehidupan sekarang di Pulau Ubin menyumbang kepada warisan suasana kehidupan yang unik di Pulau Ubin.

Dan inilah yang boleh dipelihara hanya jika kita terus menggembleng penyertaan aktif masyarakat terhadap pulau ini."

NParks berharap orang ramai terutamanya kumpulan-kumpulan berkepentingan seperti para pakar seni bina, warisan dan pemulihan alam semula jadi akan menyertai program baik pulih rumah-rumah kampung itu.

NParks juga mempelawa saranan-saranan tentang kegunaan rumah-rumah tersebut selepas dibaik pulih kelak. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan