Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang ramai beratur berjam-jam jelang pembukaan Apple Store S'pura

Orang ramai menunggu seawal 5 petang semalam bagi mengunjungi Apple Store pertama di Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 May 2017 11:59AM Dikemas Kini : 27 May 2017 09:35PM

SINGAPURA: Hadangan-hadangan laluan mula dipasang di luar kedai pertama Apple di Singapura yang terletak di Orchard Road sejam sebelum tengah malam tadi (27 Mei).

Baris beratur yang panjang sudah dijangkakan menjelang pembukaan rasminya, pada pagi ini.

Lebih 20 orang yang terdiri daripada pelajar dilihat berada di luar Apple Store semalam (26 Mei) walaupun kakitangan keselamatan memberitahu orang ramai supaya pulang ke rumah dan datang kembali pada 10 pagi keesokan hari.

Beberapa individu memberitahu Mediacorp bahawa mereka sudah menunggu seawal 5.00 petang semalam.

Ada yang datang dari luar negara bagi mengunjungi Apple Store pertama di Asia Tenggara.

Mereka yang tiba awal dibawa ke Hotel Grand Park yang terletak berhampiran bagi mendapatkan jalur pergelangan tangan.

Selain cenderamata seperti itu, Apple juga menawarkan tarikan lain pada hari pembukaannya, termasuk persembahan oleh juara Singapore Idol 3, Sezairi Sezali serta peluang dipetik gambar oleh jurugambar Aik Beng Chia.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan