Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang pertama dipenjara kerana mengimport bahan tembakau kunyah

Seorang lelaki rakyat Singapura, dijatuhi hukuman penjara empat minggu kerana cuba menyeludup masuk 5,000 paket tembakau kunyah atau "chewing tobacco" yang dilarang di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Orang pertama dipenjara kerana mengimport bahan tembakau kunyah

Produk-produk tembakau yang dirampas. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 06:34PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 06:37PM

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Singapura, dijatuhi hukuman penjara empat minggu kerana cuba menyeludup masuk 5,000 paket tembakau kunyah atau "chewing tobacco" yang dilarang di Singapura.

Kavinthiran, 32 tahun, ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, bersama produk tembakau itu yang disembunyikan di dalam beberapa bahagian kereta yang dipandunya.

Tembakau yang cuba dibawa masuk itu bernilai $9,200.

ORANG PERTAMA DISABIT KESALAHAN DI BAWAH AKTA YANG DIPINDA

Kavinthiran orang pertama dikenakan hukuman di mahkamah di bawah Akta Pindaan Tembakau, Kawalan Pengiklanan dan Penjualan yang mula berkuatkuasa pada 1 Ogos tahun lalu.

Akta itu mengharamkan produk-produk tembakau baru termasuk produk tembakau kunyah.

Pada 3 Januari lalu, Kavinthiran memandu kereta yang didaftar di Singapura dari Johor Bahru ke Pusat Pemeriksaan Woodlands, di mana dia ditahan oleh pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk pemeriksaan selanjutnya. Sejumlah 4,585 paket dengan label "Hans Chhap Tobaccao" ditemui di pelbagai tempat kereta tersebut.

Kavinthiran menyewa kereta tersebut khusus dengan niat untuk mengimport produk-produk yang dilarang itu ke Singapura.

TEMBAKAU DIKUNYAH SEPERTI KHAINI HARAM DI SINGAPURA

HSA mengingatkan orang ramai di bawah Seksyen 15(1)(b) TCASA (Produk Tembakau Dilarang) mengharamkan import, pengedaran, penjualan atau menawarkan untuk menjual produk-produk tembakau kunyah.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$10,000, atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan kali pertama. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, seseorang itu boleh didenda sehingga S$20,000, atau dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Produk-produk tembakau yang diimport akan dirampas.

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan