Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Operasi AirAsia pindah ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi, selaras dengan visi jadi syarikat penerbangan digital

AirAsia akan memindahkan operasinya di Lapangan Terbang Changi dari Terminal 1 ke Terminal 4 mulai 7 November, menurut syarikat itu pada Khamis (19 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Operasi AirAsia pindah ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi, selaras dengan visi jadi syarikat penerbangan digital

Pesawat AirAsia X. (Gambar fail: AFP/AirAsia X)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 09:55PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 09:57PM

SINGAPURA: AirAsia akan memindahkan operasinya di Lapangan Terbang Changi dari Terminal 1 ke Terminal 4 mulai 7 November, menurut syarikat itu pada Khamis (19 Okt).

Ia sejajar dengan visiAirAsia untuk menjadi syarikat penerbangan digital.

Dengan pemindahan ke terminal 4 syarikat penerbangan tambang murah itu akan menggunakan kemudahan automatik sepenuhnya bagi semua penerbangan yang berlepas dan tiba di Singapura.

Ia ditempatkan di Barisan 4 dan 5 terminal tersebut, dan menempatkan 19 kiosk daftar masuk, 14 mesin masuk bagasi automatik, dua kaunter pemeriksaan dokumen dan dua kaunter pembayaran di Row 4, dengan khidmat daftar masuk berkumpulan disediakan di Barisan 5, menurut syarikat tersebut dalam kenyataannya.

Para penumpang boleh mendaftar masuk dari rumah melalui laman web dan telefon bijak mereka, mencetak tag bagasi mereka di kiosk layan diri AirAsia dan mendaftar masuk bagasi mereka ke mesin-mesin automatik setibanya di lapangan terbang.

Mereka tidak mempunyai bagasi daftar masuk boleh atau terus ke pintu masuk pesawat.

"Semua penerbangan AirAsia yang dijadualkan pada 7 November akan tiba dan berlepas dari Terminal 4. Jadual penerbangan tidak akan terjejas oleh perubahan berkenaan," menurut AirAsia.

"Para penumpang yang berlepas dari Terminal 4 dinasihati untuk tiba tiga jam sebelum masa dijadualkan bagi memastikan ada cukup masa untuk melalui terminal baru itu. Sementara itu mereka yang tiba di Terminal 4 dinasihati memberitahu orang-orang tersayang mereka terhadap perubahan itu."

CEO AirAsia Singapura Logan Velaitham berkata pemindahan ke terminal yang menggunakan kemudahan automatik sepenuhnya selaras dengan visi AirAsia untuk menjadi syarikat penerbangan digital.

"Tahun ini, Singapura memberi tumpuan kepada konsep Perjalanan Cepat dan Lancar (FAST). Kami bekerjasama dengan Kumpulan Syarikat Terbang Changi untuk memberi pengalaman lapanganterbang dan daftra masuk secara automatik dan penuh inovasi. Jika anda berlepas dari Changi bersama kami, anda boleh jangkakan khidmat automatik menyeluruh dengan FAST dari pintu masuk sehingga ke gerbang perlepasan, yang disepadukan dengan khidmat inovasi di telefon bijak dan laman web," kata beliau.

Kakitangan di lapangan terbang juga akan membantu penumpang dengan permintaan seperti membeli insurans perjalanan, wifi dalam pesawat dan memilih tempat duduk mereka, tambahnya.

Syarikat penerbangan Cathay Pacific dan Korean Air merupakan dua syarikat penerbangan pertama yang berpindah ke terminal baru itu pada 31 Okt. Penerbangan dari Hong Kong yang pertama tiba dan berlepas dari terminal itu dikendalikan Cathay Pacific.

Syarikat penerbangan yang lain - AirAsia, Cebu Pacific, Spring Airlines dan Vietnam Airlines - akan berpindah ke Terminal 4 antara 2 November dengan 7 November.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan