Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ong Ye Kung, Ng Chee Meng hadir di perasmian LIMA esok

Menteri Kedua Pengangkutan Ng Chee Meng dan Menteri Kedua Pertahanan Ong Ye Kung akan menghadiri majlis perasmian Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 esok.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2017 03:26PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 11:37PM

SINGAPURA: Menteri Kedua Pertahanan Ong Ye Kung dan Menteri Kedua Pengangkutan Ng Chee Meng akan menghadiri majlis perasmian Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 esok.

Ketika di Langkawi, Encik Ong dan Encik Ng dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua kementerian hari ini (20 Mac).

Selain itu, Encik Ng turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Datuk Seri Liow Tiong Lai manakala Encik Ong pula akan mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Berlangsung selama lima hari, acara yang diadakan setiap dua tahun itu merupakan pameran khusus bagi industri maritim dan aeroangkasa yang merangkumi aplikasi pertahanan, awam dan komersil.

Pameran aeroangkasa pada LIMA edisi ke-14 ini akan berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri manakala pameran maritim pula bertempat di Resorts World Langkawi. 

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan