Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NWC pelawa orang ramai beri pandangan tentang garis panduan gaji tahunan

Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan mengadakan rundingan pada April dan Mei untuk menghasilkan garis panduan gaji dan yang berkaitan dengan gaji bagi tahun 2017/2018, menurut majlis tersebut pada Jumaat (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2017 01:04PM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 09:44PM

SINGAPURA: Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan mengadakan rundingan pada April dan Mei untuk menghasilkan garis panduan gaji dan yang berkaitan dengan gaji bagi tahun 2017/2018, menurut majlis tersebut pada Jumaat (24 Mac).

NWC mahu mendapatkan pandangan orang ramai tentang apa yang boleh diusulkan dalam saranan gaji tahunan, dan isu-isu lain yang ada kaitan dengan gaji.

Maklum balas yang diterima akan diambil kira sebagai sebahagian daripada pertimbangannya, menurut kenyataan media itu lagi.

NWC, sebuah badan yang diwakili oleh majikan, kesatuan dan pemerintah, juga akan menimbangkan faktor-faktor seperti prestasi ekonomi Singapura, serta ramalan ekonomi domestik dan global, menurutnya.

Majlis tersebut juga akan mengambil kira daya saing ekonomi Singapura, keadaan pasaran buruh, inflasi dan pertumbuhan daya penghasilan.

Orang ramai boleh memberikan maklum balas melalui emel kepada Setiausaha NWC sebelum 14 April di //nwc_secretariat [at] mom.gov.sg">nwc_secretariat [at] mom.gov.sg

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan