Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS lancar 3 program ijazah sambilan baru bagi Teknologi Perniagaan

NUS akan menawarkan tiga program sambilan bagi peringkat sarjana muda dalam bidang Analitik Perniagaan, Keselamatan Siber dan Kejuruteraan Sofwe, mulai Ogos ini.

Anggaran Waktu Membaca:
NUS lancar 3 program ijazah sambilan baru bagi Teknologi Perniagaan

Gambar fail Universiti Nasional Singapura.

Diterbitkan : 23 May 2017 03:32PM Dikemas Kini : 23 May 2017 03:35PM

SINGAPURA: Universiti Nasional SIngapura (NUS) akan menawarkan tiga program sambilan bagi peringkat sarjana muda dalam bidang Analitik Perniagaan, Keselamatan Siber dan Kejuruteraan Sofwe, mulai Ogos ini.

Kursus-kursus Sarjana Muda Teknologi (BTech) itu akan diajar oleh ahli akademik daripada Sekolah Pengkomputeran, termasuk karyawan industri.

Kuliah-kuliah juga akan disampaikan menerusi wadah pembelajaran online dan kelas-kelas bersemuka bagi menampung keperluan penuntut dewasa.

NUS dijangka mengambil masuk sekitar 160 penuntut bagi ketiga-tiga program itu.

Sebanyak 80 tempat disediakan, dengan setiap 40 tempat dikhususkan bagi keselamatan siber dan kejuruteraan sofwe.

Terdapat sehingga 80 tempat bagi BTech (Analitik Perniagaan), 40 tempat untuk BTech (Keselamatan Siber) dan lagi 40 tempat bagi BTech (Kejuruteraan Sofwe).

Kursus-kursus baru tersebut akan menjadikan jumlah keseluruhan program sambilan sarjana muda NUS kepada lapan.

Pendaftaran bagi ketiga-tiga program BTech akan dibuka mulai hari ini (23 Mei) hingga 13 Jun. Para pemohon yang berminat berpeluang menghadiri satu sesi previu pada 3 Jun ini, di University Town NUS atau melungsuri laman scale.nus.edu.sg bagi maklumat lanjut.

Sumber : Today/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan