Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS cipta aplikasi mudahkan usaha jejak memerang di sekitar Singapura.

Satu aplikasi sedang diusahakan bagi mempermudah usaha menjejaki memerang di sekitar Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jul 2017 08:03PM Dikemas Kini : 29 Jul 2017 10:30PM

SINGAPURA: Satu aplikasi sedang diusahakan bagi mempermudah usaha menjejaki memerang di sekitar Singapura.

Aplikasi yang digelar 'Animus' ini dicipta beberapa orang pelajar tahun akhir, dalam bidang Komputer Sains, di Universiti Nasional Singapura (NUS) bagi mengenal pasti keluarga-keluarga memerang.

Ada sekitar 60 ekor memerang, atau 10 'keluarga' haiwan itu, di Singapura, termasuk di Taman Bishan-Ang Mo Kio dan satu lagi di Kolam Air Marina.

Buat masa ini, para anggota OtterWatch, berkomunikasi menerusi WhatsApp atau Facebook bagi menjejak memerang.

Namun, usaha itu mungkin menjadi lebih mencabar kerana haiwan-haiwan biasanya mencari tapak pemburuan yang baru apabila jumlahnya membiak.
Seorang pengamat percaya 'keluarga' memerang di sini menggunakan rangkaian saluran air untuk berkeliaran.

Haiwan tersebut juga kini semakin kerap dilihat berlari melintasi jalan raya dan memasuki celah-celah bangunan.

Kumpulan-kumpulan seperti OtterWatch sedang berusaha untuk mengadakan persekitaran yang lebih selamat bagi haiwan tersebut - melalui pendidikan, pendekatan serta meletakkan papan-papan tanda bagi memberi amaran kepada para pemandu di kawasan-kawasan di mana memerang melintas.  

Sumber : CNA/AZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan