Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS bekerjasama dengan firma tempatan untuk hasilkan minuman rumpai laut

Sekumpulan saintis makanan dari Universiti Nasional Singapur (NUS) kini bekerjasama dengan sebuah kilang pengeluar makanan, YGC Group, untuk menghasilkan beberapa jenis makanan dan minuman yang berasaskan bahan eucheuma.

Anggaran Waktu Membaca:
NUS bekerjasama dengan firma tempatan untuk hasilkan minuman rumpai laut

Bahan-bahan dalam minuman Eucheuma, sejenis rumpai laut. (Gambar: Calvin Hui)

Diterbitkan : 18 Mar 2016 03:20PM Dikemas Kini : 18 Mar 2016 04:54PM

SINGAPURA: Sekumpulan saintis makanan dari Universiti Nasional Singapur (NUS) kini bekerjasama dengan sebuah kilang pengeluar makanan, YGC Group, untuk menghasilkan beberapa jenis makanan dan minuman yang berasaskan bahan eucheuma.

Eucheuma adalah sejenis rumpai laut yang dikatakan mengandungi hasiat kesihatan yang tinggi.

Kajian sains mendapati pengambilan Eucheuma yang kerap, boleh menyihatkan badan termasuk menurunkan darah tinggi dan kadar kolestrol mengawal kadar gula dalam darah serta mengelakkan barah usus.

Kumpulan pertama produk berasaskan eucheuma yang akan dipasarkan ialah minuman dalam botol tanpa bahan pengawet dengan kandungan gula yang rendah dan tanpa perisa.

Produk itu akan mula dipasarkan melalui internet pada akhir bulan ini. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan