Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS akan latih 2,000 pegawai awam S'pura tentang sains data setiap tahun

Universiti Nasional Singapura (NUS) akan memberikan latihan sains data kepada 2,000 pegawai awam setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
NUS akan latih 2,000 pegawai awam S'pura tentang sains data setiap tahun

(Gambar hiasan: AFP/Thomas Samson)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 11:43AM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 11:44AM

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) akan memberikan latihan sains data kepada 2,000 pegawai awam setiap tahun.

Langkah itu akan dijalankan di bawah memorandum pernyataan niat (MOI) yang baru ditandatanganinya dengan Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) hari ini (29 Mac).

Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam bidang-bidang inovasi teknologi, khususnya tenaga manusia dan pembangunan keupayaan, untuk memanfaatkan agensi-agensi sektor awam, menurut GovTech.

Mengenai latihan sains data itu, GovTech menyatakan ini akan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang sains data di kalangan para pegawai, agar dapat mengendalikan cabaran-cabaran yang dihadapi sektor awam. Kedua-dua pihak juga akan mengenal pasti sebuah projek sains data untuk menjalankan usaha sama.

"Penggunaan sains data yang meningkat dalam sektor awam akan merubah cara Pemerintah menyampaikan khidmat kepada orang awam. Kami gembira dapat bekerjasama dengan NUS, yang akan membantu kami menyediakannya kepada 10,000 pegawai awam sepanjang 5 tahun mendatang, dan mendidik cara mereka menggunakannya dengan berkesan," kata ketua eksekutif GovTech, Jacqueline Poh.

"Ini akan membantu kami memperbaiki dan mempercepat usaha kami membangunkan Singapura menjadi Negara Bijak. Kami menantikan untuk bekerjasama debgan lebih ramai pihak untuk menjadikannya satu realiti."

Latihan para pegawai ini pertama kali disebut oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean semasa perbahasan Belanjawan tahun ini.

Aspek-aspek lain MOI itu termasuk kedua-dua pihak melibatkan diri dalam pengongsian pengetahuan untuk secara bersama menghasilkan huraian, bekerjasama untuk membangunkan huraian bagi cabaran-cabaran yang dihadapi sektor awam seperti keselamatan siber dan kecerdasan buatan, dan latihan para pelajar menerusi pelbagai wadah seperti program belajar sambil bekerja dan hackathon.

GovTech dan NUS akan juga membentuk Program Pertukaran GovTech-NUS untuk pertukaran pekerja agar mereka bekerja di pertubuhan satu sama lain, menurut kenyataan media itu.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan