Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC bakal tawar potongan harga 8 produk beras bagi galak pemakanan sihat

NTUC Fairprice akan menawarkan potongan harga sekurang-kurangnya 10 peratus bagi lapan produk beras lebih sihat dari 21 hingga 30 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC bakal tawar potongan harga 8 produk beras bagi galak pemakanan sihat

Gambar fail pasar raya NTUC Fairprice di Singapura.

Diterbitkan : 21 Aug 2017 07:21AM Dikemas Kini : 21 Aug 2017 11:12AM

SINGAPURA: NTUC Fairprice akan menawarkan potongan harga sekurang-kurangnya 10 peratus bagi lapan produk beras lebih sihat dari 21 hingga 30 Ogos.

Mengumumkan perinciannya selepas Rapat Umum Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada petang Ahad (20 Ogos), rangkaian pasar raya terbesar Singapura menyatakan produk-produk tersebut termasuk beras ceruh dan merah dari jenamanya sendiri, serta jenama beras dengan indeks glycemic (GI) yang rendah.

Ini bagi menggalak beras bijirin penuh sebagai alternatif lebih sihat berbanding beras biasa dengan "menyederhanakan kos alternatif makanan lebih sihat," dedah NTUC Fairprice.

Lapan produk itu ialah:

FairPrice Brown Unpolished Rice, 2.5kg
FairPrice Red Unpolished Rice, 2.5kg
FairPrice Thai Blend Rice, 2.5kg
Golden Phoenix Germinated Jasmine Rice, 1kg
Bamboo Hill Organic Brown Fragrant Rice, 1kg
Naturel Organic Mix Brown and Red Rice, 2kg
Natural Organic Brown Rice, 2kg
Kangaroo Low GI Rice, 2kg

(Gambar: NTUC Fairprice)

Dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaannya, PM Lee menarik perhatian bahawa beras biasa kurang baik bagi kencing manis kerana ia mempunyai GI yang tinggi.

GI adalah cara mengukur impak makanan ke atas kadar gula dalam darah.

"Beras biasa mungkin tidak berasa manis, tetapi kesannya hampir seperti memakan gula. Apabila anda makan beras biasa, kadar gula dalam darah anda akan melonjak," jelasnya.

PM Lee maklum bahawa rasa beras ceruh mengambil masa untuk disesuaikan dengan mereka yang sudah terbiasa memakan beras biasa, sambil merujuk kepada contoh beberapa menteri yang tidak suka pada rasa makanan alternatif lebih sihat semasa jamuan tengah hari Kabinet setiap minggu.

"Untuk mengimbanginya, saya berfikir untuk mencuba beras biasa yang dicampur dengan beras ceruh," kata PM Lee. Hidangan itu turut disediakan di majlis resepsi selepas rapat tersebut.

Selain membuat pilihan makanan lebih sihat, PM Lee juga menggesa rakyat Singapura supaya kerap melakukan pemeriksaan kesihatan, mengurangkan pengambilan gula dan banyakkan bersenam.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan