Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU ungguli universiti Asia; NUS jatuh ke tangga ke-2

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dipilih sebagai universiti terunggul di Asia hari ini (17 Okt) berdasarkan Ranking Universiti Asia Quacquarelli Symonds (QS).

Anggaran Waktu Membaca:
NTU ungguli universiti Asia; NUS jatuh ke tangga ke-2

Gambar fail Universiti Teknologi Nanyang. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 17 Oct 2017 12:16PM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 12:19PM

SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dipilih sebagai universiti terunggul di Asia hari ini (17 Okt) berdasarkan Ranking Universiti Asia Quacquarelli Symonds (QS).

Universiti Nasional Singapura (NUS) jatuh ke tempat kedua dan disusuli oleh Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong dan Institut Kemajuan Sains dan Teknologi Korea.

NTU naik dua tangga dari tahun lalu untuk menjadi universiti terbaik dalam senarai universiti QS dalam kalangan 400 universiti di Asia.

NTU menduduki tangga pertama, dengan markah yang lebih baik untuk kertas-kertas kajian setiap fakulti dan bagi nisbah antara mahasiswa dengan tenaga pengajar. Buat dua tahun berturut-turut, NTU juga merupakan antara yang terbaik di rantau ini dari segi tukilan bagi setiap kertas kerja, yang mengukur mutu dan kesan terhadap kajian yang dijalankan oleh pihak universiti.

Presiden NTU, Profesor Bertil Andersson berkata: “NTU sudahpun mencapai kemajuan yang baik, dari nombor 14 semasa ranking QS Asia mula diperkenalkan pada 2009. Ranking terbaru ini merupakan satu kejayaan dan pengesahan reputasi NTU yang kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat NTU atas sumbangan mereka.”

“Selain meraikan kejayaan NTU sebagai universiti terunggul di Asia, warga Singapura harus berbangga kerana Singapura berada di depan universiti-universiti lain di Asia dengan dua universiti yang bertaraf antarabangsa,” kata Prof Andersson.

Ben Sowter, pengarah kajian di QS mengatakan: “Meskipun kaedah Ranking Asia berbeza dengan Ranking Universiti Dunia, Universiti Teknologi Nanyang adalah universiti terbaik di Asia dalam kedua-dua senarai, mengikut metrik kami. NTU memperbaiki kedudukannya dalam bidang akademik dan dari segi penunjuk reputasi majikan dan juga bagi metrik “fakulti antarabangsa””.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan