Images
  • ntu schaeffler
    Profesor NTU, Lam Khin Yong (kiri) dan Timbalan CEO Schaeffler, Peter Gu. (Gambar: NTU)

NTU, Schaeffler tubuh makmal bagi hasilkan alat pengangkutan peribadi

SINGAPURA: Papan gelungsur yang menunjuk arah ke rumah anda dengan selamat dan menjadi troli untuk barang beli-belah.

Ini mungkin masa depan alat pengangkutan peribadi di Singapura.

Universiti Teknologi Nanyang dan kumpulan syarikat Schaeffler pada siang tadi (20 Mac) memeterai perjanjian kajian induk untuk menubuhkan makmal kajian bernilai S$5 juta.

Para pengkaji akan meninjau pelbagai aspek pengangkutan peribadi di ruang-ruang perbandaran dan sistem pengangkutan bijak bagi bandar-bandar mega pada masa depan.

Ini termasuk papan gelungsur elektronik yang cukup bijak untuk mengesan halangan di sepanjang laluan, dan e-basikal yang dilengkapi sistem gear automatik.

Kawasan NTU seluas 200 hektar akan menjadi tapak ujian bagi teknologi-teknologi baru itu.

- CNA/nd

Top
>