Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NRF, NUS lancarkan konsortium

Dua konsortium baru dalam keselamatan siber dan biologi sintetik dilancarkan oleh Yayasan Kajian Nasional (NRF) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) hari ini (20 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
NRF, NUS lancarkan konsortium

Gambar fail Universiti Nasional Singapura.

Diterbitkan : 20 Sep 2016 12:39PM Dikemas Kini : 20 Sep 2016 12:41PM

SINGAPURA: Dua konsortium baru dalam keselamatan siber dan biologi sintetik dilancarkan oleh Yayasan Kajian Nasional (NRF) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) hari ini (20 Sep).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean yang juga pengerusi NRF di pembukaan Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura.

Konsortium Keselamatan Siber Singapura dan Konsortium bagi Biologi Sintetik bertujuan menggalak kajian sambil melatih tenaga manusia dan mempertingkat kesedaran mengenai penggunaan teknologi dalam industri.

Kedua-dua konsortium akan memanfaatkan pelaburan kajian sedia ada NRF – iaitu pelaburan sebanyak $24 juta dalam program R&D Keselamatan Siber Nasional NRF dan pelaburan $34 juta dalam biologi sintetik.

Mereka juga perlu mencari peluang-peluang komersil dengan para pemain industri.

Pengarah (Pogram) NRF George Loh berkata: “NRF menyokong penubuhan konsortium R&D secara bersama, yang dihasilkan berdasarkan penemuan-penemuan baru saintifik dan pengetahuan baru yang diperolehi daripada program-program kajian yang disokong oleh NRF. Konsortium-konsortium itu akan menjalin interaksi antara industri dan institusi kajian.”

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan