Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nor Lastrina Hamid antara penerima Anugerah EcoFriend

Anugerah anjuran Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) ini disampaikan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli.

Anggaran Waktu Membaca:
Nor Lastrina Hamid antara penerima Anugerah EcoFriend

Nor Lastrina Hamid. (Gambar: Laman NEA)

SINGAPURA: Sembilan individu yang memperjuangkan usaha pemuliharaan alam sekitar mendapat Anugerah EcoFriend tahun ini.

Anugerah anjuran Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) ini disampaikan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli.

Tahun ini menyaksikan seramai 324 calon - jumlah pencalonan tertinggi sejak anugerah itu diperkenalkan 10 tahun lalu.

Salah seorang penerima Anugerah EcoFriend 2016 ialah Lastrina Hamid, berusia 27 tahun.

Beliau diiktiraf atas sumbangannya melakukan kerja-kerja relawan dan mengajak para belia menangani isu perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang dimulakannya seperti Belia Singapura untuk Tindakan Iklim (SYCA) dan #LepakInSG.

"Selama saya menjadi sukarelawan dalam sektor alam sekitar ini dalam lima, enam tahun ini, saya dapati memang banyak organisasi dan ramai individu yang suka menganjurkan acara mereka sendiri yang berkaitan dengan alam sekitaran.

"Dari situ, saya lihat ini adalah satu wadah yang mana kita boleh menawarkan satu portal yang membolehkan orang ramai melihat dengan lebih senang lagi dan dari situlah #LepakInSG dilahirkan," kata beliau.

#LepakInSG - kalendar online yang menyenaraikan acara-acara berkaitan alam sekitar mendapat sokongan lebih 20 badan kebajikan.

Dengan anugerah itu, Lastrina berharap dapat mengajak orang ramai terutama golongan belia proaktif dalam usaha memelihara alam sekitar.

"Pada saya, orang ramai harus rasa bahawa ianya memang tanggungjawab kita semua untuk melakukan sesuatu. Biarpun aktiviti itu kecil seperti kitar semula, atau mereka ada lebih masa dan tenaga, mereka boleh menganjurkan acara untuk kawasan estet perumahan mereka," tambah Lastrina.

Penyampaian anugerah Ecofriend 2016 diadakan di Sheraton Towers, malam ini (20 September). 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan