Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NHB laksana lebih banyak usaha pelihara warisan budaya Singapura

Ia merujuk kepada pelbagai tradisi turun-temurun seperti seni persembahan atau pertukangan tradisional.

Anggaran Waktu Membaca:
NHB laksana lebih banyak usaha pelihara warisan budaya Singapura

Para peserta cuba satu pameran dalam acara di Pesta Warisan Singapura. (Gambar: Facebook/ Singapore Heritage Festival)

Diterbitkan : 30 Apr 2017 06:46PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 06:47PM

SINGAPURA: Lembaga Warisan Negara (NHB) menyatakan lebih banyak usaha dilakukan bagi menggalakkan dan memelihara warisan kebudayaan negara ini.

Ia merujuk kepada pelbagai tradisi turun-temurun seperti seni persembahan atau pertukangan tradisional.

Kuih Tutu atau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu sebagai Putu Piring pertama kali mendapat sambutan di Singapura sebagai makanan jalanan pada 1930.

Namun hari ini, tidak ramai peniaga yang menjualnya.

Kuih Putu Piring adalah satu daripada pelbagai bentuk warisan kebudayaan yang semakin luput di negara ini.

Untuk menangani hal tersebut, NHB menggunakan wadah-wadah seperti Pesta Warisan Singapura (SHF) untuk mempamerkan seni dan budaya tradisional.

Ia juga mendekati para pengamalnya untuk mengetahui apa yang boleh dilakukan bagi memelihara dan melakukan promosi lebih baik terhadap warisan sedemikian.

"Warisan seni dan budaya tradisional ada kaitan dengan cara hidup kita, identiti kita, semangat kekitaan. Ia adalah unsur penting untuk memupuk pemahaman budaya, bukan sahaja dalam masyarakat yang mengamalkannya tetapi juga pada masyarakat-masyarakat lain. Ini akan membawa kepada perpaduan sosial yang lebih kukuh," kata Penolong Ketua Eksekutif NHB Alvin Tan.

Dalam tahun 2015, Geran Penyelidikan Warisan diperkenalkan untuk melakukan dokumentasi dan mengekalkan warisan Singapura.

Setakat ini 14 projek menerima geran itu.

Namun, ada pihak berpendapat banyak lagi program perlu diadakan bagi mengekalkan warisan tersebut.

Tahun ini, Pesta Warisan Singapura berlangsung selama tiga hujung minggu berturut-turut sehingga 14 Mei. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan