Ng Eng Hen lakukan lawatan 2 hari ke Filipina bermula esok
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen akan melawat Filipina selama dua hari mulai esok.
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen akan melawat Filipina selama dua hari mulai esok.
Dr Ng akan menemui Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana.
Mereka dijangka membincangkan keadaan keselamatan di selatan Filipina.
Kedua-dua pemimpin akan juga meneroka cara-cara bagi Singapura menyokong Filipina dalam memerangi pengganasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.