Images
  • nets
    NETS bakal laksanakan aplikasi pembayaran mudah alih jelang hujung 2017. (Gambar: Kevin Kwang)

NETS bakal laksanakan aplikasi pembayaran mudah alih jelang hujung 2017

SINGAPURA: Tidak lama lagi, anda boleh membuat pembayaran menggunakan NETS melalui aplikasi mudah alih dengan rancangan ia boleh digunakan di luar Singapura.

Penyedia khidmat pembayaran tempatan itu menyatakan bahawa kaedah itu berfungsi seperti apa yang ada di pasaran sekarang seperti Apple Pay atau Android Pay - dari segi proses pengesahan.

Perbezaannya adalah ia bukan saja menerima urus niaga menggunakan kad kredit atau debit tetapi juga kad ATM NETS juga.

NETS juga sedang bekerjasama dengan para anggota EMVCo - sebuah pertubuhan industri yang dibentuk untuk memudahkan operasi merata dunia dan penerimaan urus niaga pembayaran yang selamat - bagi memastikan aplikasi mudah alih tersebut boleh digunakan di luar negara, kata CEO Jeffrey Goh.

Para anggota EMVCo termasuk American Express, Discover, JCB, Mastercard, UnionPay dan Visa.

- CNA/RU/ru

Top