Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA: S'pura boleh alami sedikit jerebu dek cuaca kering dijangka di Sumatera

Cuaca kering dijangka di beberapa bahagian utara dan tengah Sumatera, Indonesia pada beberapa hari akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
NEA: S'pura boleh alami sedikit jerebu dek cuaca kering dijangka di Sumatera

Latar langit Singapura dilihat dari sebuah bar di Singapura. (Gambar fail: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 27 Sep 2016 07:32PM Dikemas Kini : 27 Sep 2016 07:33PM

SINGAPURA: Cuaca kering dijangka di beberapa bahagian utara dan tengah Sumatera, Indonesia pada beberapa hari akan datang.

Oleh itu, Singapura mungkin mengalami cuaca yang berjerebu sedikit sekiranya jumlah tompok panas di Sumatera meningkat, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (27 Sep).

NEA menambah bahawa sejumlah 13 tompok panas dikesan di Sumatera hari ini namun tiada kepulan asap atau jerebu kelihatan.

Dengan hujan berguruh dijangka turun di beberapa bahagian Singapura esok pagi, mutu udara negara ini diramalkan tidak banyak berubah esok: Konsentrasi PM2.5 bagi tempoh sejam bagi 24 jam seterusnya dijangka terus di Paras I (Normal) dan Indeks Pencemaran Udara (PSI) bagi 24 jam seterusnya dijangka di paras Sederhana.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan