Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas tapak binaan PIE: MOM uruskan tuntutan ganti rugi dengan segera

Tuntutan ganti rugi yang dibuat oleh para pekerja yang cedera dalam insiden jejambat runtuh akan diuruskan dengan segera, menurut Menteri Negara Tenaga Manusia Sam Tan pada Rabu (19 Jul) selepas melawat mereka di Hospital Besar Changi (CGH).

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas tapak binaan PIE: MOM uruskan tuntutan ganti rugi dengan segera

Menteri Negara Tenaga Manusia Sam Tan melawat para pekerja yang cedera dalam nahas jejambat PIE di Hospital Besar Changi. (Gambar: Facebook/Singapore Ministry of Manpower)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 08:49AM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 08:54AM

SINGAPURA: Tuntutan ganti rugi yang dibuat oleh para pekerja yang cedera dalam insiden jejambat runtuh akan diuruskan dengan segera, menurut Menteri Negara Tenaga Manusia Sam Tan pada Rabu (19 Jul) selepas melawat mereka di Hospital Besar Changi (CGH).

Struktur berhampiran Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) runtuh pada awal pagi Jumaat lalu, yang menyebabkan seorang pekerja maut dan 10 yang lain cedera.

Semasa lawatan beliau, para pekerja yang cedera memaklumkan kepada Encik Tan bahawa keprihatinan utama mereka termasuk mencari cara alternatif bagi membantu keluarga mereka dan sama ada mereka akan dapat mencari pekerjaan selepas mereka sembuh.

Beliau menarik perhatian bahawa para pekerja itu menghargai sokongan yang diberikan oleh Pusat Pekerja Asing untuk menangani isu-isu tersebut.

"Bagi pihak MOM (Kementerian Tenaga Manusia), saya sudahpun mengarahkan para pegawai kami supaya mengendalikan tuntutan ganti rugi kecederaan di tempat kerja bagi para pekerja itu dengan segera untuk membantu mereka dan keluarga mereka mengharungi masa sukar ini," tulis Encik Tan dalam catatannya di laman Facebook MOM.

Para pekerja berkenaan kini dibayar gaji cuti sakit oleh para majikan mereka, dedahnya.

Encik Tan turut berkata siasatan kementerian tersebut ke atas insiden runtuh itu masih diteruskan dan arahan berhenti kerja sepenuhnya yang dikeluarkan masih dikuatkuasakan.

Beliau mendedahkan bahawa dua orang pekerja masih di bawah jagaan rapi dan berharap agar mereka cepat sembuh.

"Saya melihat dedikasi oleh pasukan doktor dan jururawat di Hospital Besar Changi dalam memberi khidmat kepada para pekerja tersebut dan sudah meminta para pekerja yang cedera itu supaya memberikan tumpuan untuk sembuh," katanya.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan