Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas jejambat runtuh: 7 pekerja masih terlantar di hospital, 2 di bawah jagaan intensif

Dua daripada para pekerja yang cedera dalam insiden jejambat runtuh pada awal pagi Jumaat masih berada di bawah jagaan intensif di Hospital Besar Changi (CGH), menurut hospital tersebut pada lewat petang Sabtu (15 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas jejambat runtuh: 7 pekerja masih terlantar di hospital, 2 di bawah jagaan intensif

Dua pekerja yang cedera menantikan giliran mereka bagi mendapatkan rawatan di Hospital Besar Changi.

Diterbitkan : 15 Jul 2017 11:06PM Dikemas Kini : 15 Jul 2017 11:14PM

SINGAPURA: Dua daripada para pekerja yang cedera dalam insiden jejambat runtuh pada awal pagi Jumaat masih berada di bawah jagaan intensif di Hospital Besar Changi (CGH), menurut hospital tersebut pada lewat petang Sabtu (15 Jul).

Tujuh pekerja dimasukkan ke hospital itu. Seorang pekerja maut dan 10 yang lain cedera, selepas struktur, iaitu tempat mereka berdiri, runtuh.

Or Kim Peow, syarikat binaan yang mengendalikan projek tersebut, memberikan butiran mengenai kecederaan yang dialami para pekerja tersebut.

Salah seorang daripada dua pekerja yang masih di bawah jagaan intensif berada dalam keadaan sedar dan kini dipantau, disebabkan kecederaan di bahagian kepala dan keretakan yang dialaminya, menurut firma itu.

Seorang lagi pekerja cedera di perut dan dijadual menjalani pembedahan lanjut.

Lima pekerja lain masih terlantar di CGH. Empat daripada mereka mengalami keretakan manakala lelaki kelima mengalami kesakitan di bahagian belakang tubuh.

Tiga pekerja sudahpun dibenarkan pulang dan sedang mengambil cuti sakit, menurut syarikat itu.

Kontraktor tersebut turut menyatakan bahawa sembilan daripada pekerja yang cedera, di mana enam adalah dari Bangladesh dan tiga dari China, adalah dari sub-kontraktor Tong Da.

Pekerja ke-10, seorang warga Bangladesh, berkhidmat dengan Transit-Mixed Concrete, sebuah lagi sub-kontraktor.

Wakil Transit-Mixed Concrete, yang tidak mahu identitinya didedahkan, berkata dua daripada pekerjanya berada di tempat kejadian semasa kemalangan itu berlaku.

Para pekerja itu selesai mengepam konkrit sebanyak "80 hingga 90 peratus" apabila struktur itu tiba-tiba runtuh, dedah wakil itu kepada Mediacorp.

Beliau juga berkata bahawa tiada sebarang tanda-tanda atau masalah sebelum itu.

Seorang pekerja patah bahu kanan dan menjalani pembedahan semalam. Seorang lagi pekerja tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami terus memberikan bantuan dan sokongan sewajarnya kepada para pekerja yang terjejas dalam kemalangan tersebut, " menurut kontraktor utama itu, Or Kim Peow.

Syarikat itu mendedahkan bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan Kedutaan China untuk memudahkan penyusunan bagi menghantar pulang pekerja yang maut itu.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kemalangan itu, dan Menteri Negara Tenaga Manusia Sam Tan berkata bahawa siasatan itu akan memberi tumpuan kepada reka bentuk dan proses binaan jejambat tersebut.

Serpihan daripada kemalangan itu menghalang jalan susur ke Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) dan sebatang jalan raya pintas dijangka dibuka menjelang tengah hari Ahad.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan