Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas AirAsia: Kapal Singapura temui satu lagi mayat, rakit keselamatan

Sekujur lagi mayat ditemui dan dipindahkan hari ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia QZ8501, yang terhempas di Laut Jawa, Ahad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas AirAsia: Kapal Singapura temui satu lagi mayat, rakit keselamatan

Mayat nahas pesawat AirAsia yang ditemui di kawasan pencarian Angkatan Tentera Udara Singapura (RSN) di Laut Jawa, dipindahkan ke kapal tentera RSS Persistence pada 4 Januari, 2015. (Gambar: Channel NewsAsia/Lam Shushan)

Diterbitkan : 04 Jan 2015 01:14PM Dikemas Kini : 05 Jan 2015 12:17PM

DARI KAPAL RSS PERSISTENCE: Sekujur lagi mayat ditemui dan dipindahkan hari ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia QZ8501, yang terhempas di Laut Jawa, Ahad lalu.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyatakan, mayat itu dikesan oleh kakitangan yang berada di kapal tentera RSS Persistence pada 7.58 pagi tadi, dan dipindahkan ke kapal tersebut pada 8.46 pagi. Mayat itu ditemui di kawasan pencarian yang ditugaskan kepada Angkatan Tentera Udara Singapura di Laut Jawa.

Seorang wartawan MediaCorp yang menaiki kapal tentera RSS Persistence itu menyatakan, tidak segera diketahui sama ada mangsa tersebut wanita atau lelaki.

Mayat tersebut kemudian diterbangkan ke Pangkalan Bun menggunakan helikopter Super Puma dan diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia di sana.

Keseluruhannya, sebanyak 34 mayat ditemui pasukan-pasukan pencari dan penyelamat, sejak pesawat AirAsia itu terhempas dengan 162 penumpang dan kru dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Komander kapal perang Indonesia, Yayan Sofyan, memberitahu Metro TV bahawa tiga mayat ditemui masih memakai tali keledar dan dalam keadaan terikat di tempat duduk mereka. 

KAPAL SINGAPURA TEMUI RAKIT KESELAMATAN

Kakitangan yang berada di kapal RSS Persistence juga menemui sebuah rakit keselamatan, dipercayai daripada pesawat AirAsia itu, yang berukuran 6 meter kali 3 meter.

Rakit keselamatan yang dipercayai daripada pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, ditemui oleh kakitangan kapal Singapura RSS Persistence. (Gambar: Channel NewsAsia/Lam Shushan)
Sumber : CNA/AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan