Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas AirAsia: Kapal RSS Valour pulang ke Singapura

Kapal Tentera Laut Republik Singapura, RSS Valour tiba di Pangkalan Laut Tuas petang tadi, lapan hari setelah dikerahkan ke Laut Jawa bagi membantu usaha mencari pesawat AirAsia yang terhempas dua minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas AirAsia: Kapal RSS Valour pulang ke Singapura

Kapal tentera Singapura, RSS Valour, tiba di Pangkalan Laut Tuas selepas menyertai operasi mencari pesawat AirAsia yang terhempas, selama lapan hari. (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 05 Jan 2015 11:57PM Dikemas Kini : 06 Jan 2015 01:04AM

SINGAPURA: Kapal Angkatan Tentera Laut Republik Singapura, RSS Valour tiba di Pangkalan Laut Tuas petang tadi, lapan hari setelah dikerahkan ke Laut Jawa bagi membantu usaha mencari pesawat AirAsia yang terhempas dua minggu lalu.

Ketibaan kapal itu disambut oleh Panglima Angkatan Laut Laksamana Pertama Lai Chung Han. Beliau memuji usaha anak kapal RSS Valour kerana dedikasi dan komitmen mereka dalam operasi berbilang negara itu.

Laksamana Pertama Lai berkata: "Kakitangan kami sudah melalukan yang terbaik dalam operasi berbilang negara ini. Mereka bertungkus-lumus bekerja dalam keadaan cuaca mencabar, dan saya ingin memuji dedikasi dan komitmen mereka. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada orang-orang tersayang mereka kerana sokongan mereka yang berterusan."

Kapal RSS Supreme turut dijadual pulang ke Singapura malam ini untuk menambah bekalan setelah membantu operasi pencarian QZ8501 selama lebih seminggu.

RSS Persistence, RSS Kallang, MV Swift Rescue dan Kenderaan Dasar Laut AUV yang dikendalikan enam pegawai akan terus berada di laut Jawa bagi operasi pencarian QZ8501.

Pesawat AirAsia tersebut terhempas semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, dengan membawa 162 penumpang dan anak kapal - dipercayai ketika cuaca buruk. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan