Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muzikal 'My Love is Blind' pecahkan stereotaip, galak berdikari

Lebih 100 penduduk kurang bernasib baik dijangka akan mendapat suntikan semangat dan merasa diperkasa, apabila dibawa menonton muzikal 'My Love is Blind'.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 100 penduduk kurang bernasib baik dijangka akan mendapat suntikan semangat dan merasa diperkasa, apabila dibawa menonton muzikal 'My Love is Blind'.

Berkat bantuan para penaja, mereka akan dapat menyelami kisah sebenar seorang tokoh yang bukan saja berjaya mengatasi kehilangan daya penglihatannya, malah berupaya bangkit dan meraih kecemerlangan.

Dalam gelap, ada cahaya.

Demikian mesej yang tersirat dalam muzikal 'My Love is Blind' - berdasarkan buku kehidupan sebenar seorang lelaki yang hilang daya penglihatan pada usia muda.

Dengan sokongan sahabat dan keluarga, Encik Tan Guang Heng bangkit-semula untuk menjadi siswazah pertama Singapura yang tidak dapat melihat.

Beliau juga berjaya menjadi Presiden, persatuan golongan itu.

Pengalaman lebih 24 tahun sebagai pengarah pun tidak cukup untuk menyediakan aktivis teater, Aidli 'Alin' Mosbit, bagi tugasnya dalam muzikal istimewa ini.

"Seperti satu anjakan paradigma – kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita biasa buat itu dengan cara yang lain. Jadi semua arahan yang saya berikan harus saya berikan dengan cara di mana dapat difahami dan diambil oleh para pelakon dan pemuzik yang kurang daya penglihatan," katanya.

'My Love is Blind' menampilkan seorang pemuzik dan dua pelakon utama yang kurang daya penglihatan.

Muzikal ini juga berharap dapat memecahkan stereotaip, iaitu golongan istimewa bukan untuk dikasihani dan terus dibimbing oleh golongan cukup sifat.

Mereka juga boleh menyumbang.

Seperti yang dihidupkan pemuzik sepenuh masa - pemain genderang muzikal ini, Ivni Yaakub.

"Saya berharap untuk mengajar dan menyebarkan ilmu dan pengalaman saya kepada mereka yang baru ingin menceburi bidang ini serta membantu mencapai kejayaan yang mereka inginkan," kata Cik Izni.

MTL masih berusaha mengumpulkan $150,000 kos pementasan.

Muzikal mengenai isu-isu penuaan juga dalam perancangan MTL bagi tahun depan, sedang pementasan 'My Love is Blind' berlangsung dari 23 hingga 26 November di Teater Drama SOTA.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan