Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muhammad Noramin penuntut PhD pertama terima Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong

Buat julung-julung kalinya seorang pelajar doktor falsafah (PhD), menerima Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong kategori cemerlang, tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2016 06:21PM Dikemas Kini : 24 Sep 2016 10:11PM

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya seorang pelajar doktor falsafah (PhD), menerima Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong kategori cemerlang, tahun ini.

Lagi 10 yang lain turut menerima anugerah cemerlang itu - jumlah tertinggi sejak anugerah tersebut diberikan pada 2005.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, Dr Yaacob Ibrahim dalam satu majlis malam semalam (23 Sep).

Muhammad Noramin Mohamed Farid, pelajar PhD dalam kajian Drama dan Teater – penerima kategori cemerlang Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong tahun ini.

IKTIRAF USAHA PERKASA SENI TARI MELAYU

Anugerah itu sebagai mengiktiraf usahanya memperkasa seni tari Melayu di pentas dunia menerusi himpunan seni "The Bhumi" di Britain.

Noramin, 30 tahun, menerima anugerah berbentuk biasiswa untuk membiayai yuran pengajian ijazah PhD di sebuah universiti di London tahun depan.

"Saya ingin membuat kajian lagi untuk menyemarakkan lagi dan juga untuk menyumbang kepada kajian kesenian tradisi di Singapura, bukan sahaja tarian Melayu dan saya berharap kajian saya akan dapat membantu anak-anak muda untuk terus berjuan," kata Noramin.

"Saya berharap mereka juga boleh mendapatkan sokongan, bukan sahaja keluarga, juga dari kawan, dari mentor-mentor tari atau seni, untuk memberikan mereka semangat untuk terus berjuang," beliau memberitahu BERITAMediacorp.

Selain Noramin, 10 belia lain dipilih sebagai penerima Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong, kategori cemerlang tahun ini.

Mereka cemerlang dalam bidang-bidang seperti fotografi dan kaligrafi Cina.

TIBA MASA NILAI SEMULA OBJEKTIF

Ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah, Dr Yaacob Ibrahim yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam berkata, setelah sedekad, sudah tiba masanya untuk menilai semula objektif Anugerah tersebut dengan harapan ia dapat diperluaskan lagi.

"Jadi saya beri arahan kepada kakitangan mendaki bagi kita untuk menilai dan membuat satu semakan demi untuk kita mewujudkan penjenamaan yang baru dan juga memperluaskan lagi Anugerah Goh Chok Tong ini kepada bidang-bidang yang lain.

“Saya rasa kita harus renung apakah yang penting bagi masyarakat kita bidang-bidang yang timbul dan bagaimana bidang itu penting kepada masyarakat kita, kita menggunakan anugerah ini untuk mendorong anak-anak muda kita ke bidang-bidang yang kita perlukan untuk masyarakat kita dan negara kita," kata Dr Yaacob.

Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong mula diperkenalkan 11 tahun lalu untuk mengiktiraf pencapaian golongan belia yang berpotensi besar dalam bidang-bidang bukan 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan