Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mufti Perlis ucap tahniah kepada S'pura, Halimah Yacob; 'pemilihan yang menarik'

Dalam catatan itu juga, Dr Asri dilihat seperti menasihati pihak-pihak di Malaysia yang mungkin mempunyai sudut pandang kurang positif terhadap Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Perlis ucap tahniah kepada S'pura, Halimah Yacob; 'pemilihan yang menarik'

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. (Gambar: Facebook/DrMAZA.com)

Diterbitkan : 14 Sep 2017 02:28PM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 04:42PM

SINGAPURA: Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengucapkan tahniah kepada bakal Presiden baru Singapura Cik Halimah Yacob.

Dr Asri juga menyifatkan perkembangan Cik Halimah menyandang jawatan tertinggi Singapura sebagai sesuatu perkara yang menarik.

Mentelah lagi, menurut beliau negara sekular seperti Singapura memilih wanita muslimah bertudung untuk menyandang jawatan berkenaan.

"Tahniah Singapura! Saya nak ucapkan tahniah kepada Puan Halimah Yacob yang menjadi Presiden baru Singapura. Bagi sebuah negara sekular seperti Singapura memilih wanita muslimah bertudung menjadi Presiden merupakan sesuatu yang menarik," kata Dr Asri.

Demikian dikongsikan Dr Asri melalui akaun Facebooknya kelmarin (12 Sep).

NASIHAT SUPAYA LIHAT SUDUT POSITIF

Dalam catatan itu juga, Dr Asri dilihat seperti menasihati pihak-pihak di Malaysia yang mungkin mempunyai sudut pandang kurang positif terhadap Singapura.

Dr Asri berkata supaya mereka jangan lupa akan sudut positif yang ada pada Singapura. Antara yang disebut Dr Asri adalah kemajuan dari sudut urus tadbir dan bebas rasuah.

"Singapura yang lebih kecil daripada Perlis lebih maju dalam banyak segi. Dari sudut urus tadbir yang baik dan bebas rasuah mereka lebih cemerlang di mata indeks dunia. Demikian juga di sudut keselamatan dan keamanan.

"Perdana Menteri Singapura yang bukan Melayu itu jauh lebih fasih berbahasa Melayu dibandingkan ramai AP bukan Melayu kita (di Malaysia). Walaupun ia negara sekular yang dipimpin oleh bukan muslim, mereka ada jawatan Mufti Negara dan pengurusan agama Islam secara rasmi. Pandangan agama mereka juga baik dan sederhana. Sesuai dengan sifat negara mereka," ujar Dr Asri. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan