Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MSF: Pengendali pusat jagaan kanak-kanak perlu patuhi had yuran

Para pengendali pusat jagaan kanak-kanak yang memanfaatkan Skim Rakan Pengendali baru perlu mematuhi had yuran tidak melebihi $800

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2015 02:49PM Dikemas Kini : 13 Mar 2015 09:14PM

SINGAPURA: Para pengendali pusat jagaan kanak-kanak yang memanfaatkan Skim Rakan Pengendali baru perlu mematuhi had yuran tidak melebihi $800 bagi khidmat jagaan kanak-kanak sepenuh hari.

Memberikan perincian skim itu semasa membahaskan peruntukan kementeriannya, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Chan Chun Sing berkata, had tersebut adalah sekitar $100 lebih rendah berbanding yuran median kira-kira $900 sekarang.

Skim Rakan Pengendali memberi sokongan kepada para pengendali jagaan kanak-kanak untuk terus memastikan agar yuran kekal dalam kemampuan ibu bapa, di samping mengukuhkan pembangunan para guru serta menawarkan gaji yang berdaya saing kepada mereka.

Encik Chan menambah, MSF memutuskan untuk mengambil pendekatan itu selepas berbincang dengan para guru dan pengendali sektor tersebut.

Para pengendali yang buat masa ini menawarkan sekitar 300 tempat jagaan kanak-kanak atau lebih, kini boleh menyertai skim itu.

Meskipun demikian, MSF juga akan menimbangkan para pengendali kecil-kecilan jika mereka berminat untuk menyertai skim berkenaan.

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dijangka melantik para pengendali skim itu menjelang akhir tahun ini.  

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan